ads

Thursday, October 8, 2015

Filled Under:

MESTI TENGOK 7 GAMBAR !! Insan OKU Ini Telah Diperkosa , Namun Dia Dianugerahkan Anak Yang Soleh .


Disini ingin saya kongsikan kisah menyayat hati ini buat sahabat facebook saya di sini sebagai iktibar buat kita semua. Mudah-mudahan melalui kisah ini akan dapat membuka pintu keinsafan buat saya dan kita semua tentang betapa besarnya rahmat Allah S.W.T terhadap kita berbanding insan lain di luar sana.

Kisah tragis Siti (bukan nama sebenar, 39 tahun) sudah lama sampai ke telinga saya. Namun saya tidak berpeluang melawat dia kerana lokasi kami yang jauh dan saya tidak mempunyai nombor telefon warisnya.

Siti seorang OKU. Dia bisu malah mentalnya tidak seperti insan lain. Ketika usianya 18 tahun dia menjadi mangsa kerakusan nafsu durjana lelaki lalu terlahirlah Adam (bukan nama sebenar, 18 tahun).



Ketika usianya menjangkau 30 tahun sekali lagi dia dinodai dan terlahirlah Idris (bukan nama sebenar, 9 tahun) dari rahim insan yang tidak berdaya dan tidak berdosa itu.

Pertama kali bertemu dan menatap wajah Siti saya cukup sebak sekali. Sampainya hati lelaki itu menodai Siti yg terlalu naif. Siti yang bisu itu hidup dalam dunianya sendiri.

Siti tidak pandai menonton tv, Siti tidak punya sesiapa sebagai kawan selain seekor kucing. Kucing itulah teman setianya. Sesekali Siti akan meraung bila “bergaduh” dengan kawan baiknya itu.



Namun kuasa Allah S.W.T Siti kenal dan kasih akan anak-anaknya dengan caranya tersendiri. Malah saya kira arwah orang tua Siti telah mendidik Siti dan anak-anaknya dengan cukup sempurna.

Siti yang serba kekurangan itu tidak seperti manusia hari ini yang sewenang-wenangnya membuang bayi mereka. Anak-anak Siti juga dididik menyayangi dan menghormati Siti. Siti juga tidak suka keluar rumah malah dia sangat menjaga kebersihan rumah.

Siti ada menerima wang JKM RM300 sebulan dan dengan wang itulah, jiran terdekatnya menyara Siti dan anak-anaknya sejak 2 tahun yang lalu setelah kematian ibunya.

Siti merupakan anak tungggal. Jiran itulah yang menyediakan makan minum Siti malah menguruskan Siti setelah Adam memilih untuk mengikuti kursus kemahiran otomatif dan berhijrah meninggalkan ibunya hidup sendirian di rumah ini.

Idris pula dihantar ke rumah anak yatim. Di rumah anak yatim itulah saya berkasih sayang dengan Idris seterusnya mendengar tentang Siti.



Ketika saya memberitahu Siti hendak mengambil gambarnya, Adam meminta ibunya mengenakan tudung. Sedihnya, Siti tak pandai memakai tudung dan harus dibantu.

Ketika Adam membuka kain penutup bungkusan baju terpakai untuk mencari tudung buat ibunya, Siti marah dan menampar tangan Adam. Sangkanya Adam hendak memunggah pakaian yang dia simpan rapi.

Apabila saya tunjukkan kamera, Siti senyum panjang lalu duduk bersimpuh penuh sopan di hadapan saya. Yaaa, Siti seorang perempuan yang cantik. Kulitnya putih, tubuhnya juga kecil molek.

Sebelum pulang saya serahkan sedikit wang sumbangan penderma dari TABUNG JARIAH DAPUR RAMADAN kepada Adam juga barang-barang dapur untuk memasak.

Saya bertekad untuk membela nasib dua beradik ini, memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

Melihat saya hendak melangkah pulang, Siti pantas menghulurkan sebelah tangannya untuk bersalaman dengan saya.

“Mak….salam tangan mana tu…tu tangan kiri “. Cepat-cepat Siti menukar huluran tangannya sambil ketawa kuat. Saya menyambut penuh sayu.



Saya tinggalkan Adam dengan kata-kata semangat. Saya dapat melihat mata Adam merah berkaca mengiringi langkah saya.


Admin berbesar hati jika ada pihak yg sudi menyumbang terus ke acc Adam sekadar yg mampu. Insha Allah ...Adam anak yg baik....yg boleh diharapkan untuk membela nasib ibu dan adiknya.

Ataupun boleh juga terus berhubung dengan Puan Natipah Abu, seorang penyelia rumah anak yatim dan miskin Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah. Puan Natipah juga merupakan pelawat tetap ke rumah anak yatim Kuala Nerang, Kedah. 


Semoga catatan ringkas ini mampu menghuraikan sikit sebanyak persoalan yang baik dari Allah S.W.T...

Catatan oleh Puan Natipah Abu




LANGIT RAMADAN YG BARAKAH...

Alhamdulillah...hari ini saya dan sahabat menziarahi Siti.Ketika kami sampai Siti sudah " berdandan rapi." Melihat kami datang....dari jauh lagi Siti sudah menghulurkan tangan utk bersalam.

Kata Pak Lang dan Mak Lang... Siti kalau mandi memang berjam2. Dia suka sungguh " bermain" di bilik air. Malah setiap kali anaknya pulang bercuti...awal2 lagi dia sudah menjemur kain baju mereka yg dia cuci. Siti memang pembersih orangnya.

Sahabat saya ada membawa anaknya bersama. Berkali-kali Siti memegang tangan anak sahabat saya, mengusap-ngusap pipi dan akhirnya mencium pipi anak sahabat saya sambil cuba menyampaikan sesuatu. Kami faham..dia cuba memberitahu kami..anak sahabat saya sebaya dgn anaknya, Idris yg tinggal di asrana anak yatim. Dia rindukan anaknya...

Siti juga sudah mengenali saya...duduk di sebelah saya dan " rancak berbual " dgn saya sambil gelak besar dan sesekali menggoncang tubuh saya. Meskipun tidak memahami..saya cuba mengambil hati Siti. 


Saya telah menyerahkan wang sumbangan amanah semua sahabat utk Siti dan anak2 kepada Pak Lang dan Mak Lang sebagai perbelanjaan dan keperluan Siti dan anak2. Sebahgian lagi saya serahkan kepada Adam sebagai simpanan yg akan pulang ke kolej esok. 


Saya akan datang lagi sebelum menjelang aidil fitri kelak. Terima kasih dari saya kepada semua penyumbang....
Saya juga mendapat izin Pak Lang dan Mak Lang utk berkongsi gambar Siti di sini kerana dia insan suci tanpa sezarah dosa pun ..


Nota Editor: Kisah menyayat hati ini telah dikongsikan oleh Puan Natipah Abu, seorang penyelia rumah anak yatim dan miskin Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah. Puan Natipah juga merupakan pelawat tetap ke rumah anak yatim Kuala Nerang, Kedah. Kami kongsikan semula kisah ini  dengan izin dari beliau.


sumber





0 comments:

Post a Comment