Memang terbaik diucapkan kepada Syarul Ridzwan
yang berhasrat mahu memperbaiki diri dengan enggan menyentuh wanita bukan
muhrim, Syarul Ridzwan telah mendukung jurusolek lelaki bagi menggantikan
pelakon wanita Janna Nick dalam satu babak untuk drama Kau Aku Kita.
Menariknya, Syarul memaklumkan yang ada satu
peristiwa ketika penggambaran sebuah drama satu ketika dahulu yang menyebabkan
dirinya mahu melakukan perubahan ini.
Kata Syarul Ridzwan:-
Ini bukan merupakan syarat tetapi prinsip saya
tidak mahu berpelukan dan bersentuhan dengan wanita, ia juga perkara baru dan
saya sedang belajar untuk mendidik diri saya sendiri.
Alhamdulilah pengarah faham dan menghormati
prinsip saya itu. Baru-baru ini dalam drama Kau Aku Kita, pengarah meminta saya
mendukung jurusolek lelaki bagi mengantikan pelakon wanita iaitu Janna Nick
dalam satu adegan drama tersebut.
Dalam drama berjudul Romie Cinta Julia tahun lalu
ada adegan berpelukan yang mana terjadi satu peristiwa yang membuatkan saya
tidak mahu lagi bersentuhan atau berpelukan dengan pelakon wanita. Namun
biarlah peristiwa itu saya rahsiakan sahaja .
Nampaknya industri lakonan kita semakin
berkembang di mana semua pihak terutamanya pengarah makin memahami kehendak
pelakon.
Perubahan seperti inilah yang kita mahukan. Apa yang
penting semua benda boleh dibawa berbincang. Kalau cakap elok-elok, pasti akan
ada jalan penyelesaiannya. Tahniah kepada Syarul Ridzwan dan pengarah drama Kau
Aku Kita yang menunjukkan perkembangan terbaik dalam dunia seni .
Sumber Mstar Online.
0 comments:
Post a Comment