ads

Sunday, October 4, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Isteri Berubah Saiz ...Suami Berubah Hati !!


PEPATAH Melayu ada mengatakan , dari mata turun ke hati, jadi bukan sesuatu yang luar biasa apabila antara elemen penting ketika memilih pasangan ialah pada kecantikan paras rupa .
Namun begitu , kecantikan bukanlah segala-galanya dalam hidup berumahtangga . Banyak lagi faktor-faktor lain yang sama pentingnya dalam menyumbang kepada kebahagiaan dalam sesuatu intitusi rumah tangga.
Kasih sayang, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara ramuan kepada kebahagiaan diantara suami dan isteri.
Terlalu memandang kepada faktor kecantikan akan membuatkan ada sesetengah rumah tangga bergoncang dan rapuh akibat suami berubah hati apabila si isteri mula mengabaikan penampilan diri mungkin kerana terlalu selesa dengan kehidupannya.
Alasan suami, isteri sudah tidak lagi sedap di pandang mata, sedang di luar semakin banyak pilihan.
Apa pandangan anda ?
BAGI suami yang berbuah hati hanya semata-mata isteri berubah saiz bentuk badan sesuatu yang tidak patut berlaku dalam sesebuah intitusi rumah tangga.
Jika ianya memang ada berlaku seumpama itu , saya merasakan niat asal perkahwinan itu sendiri sudah tidak betul iaitu memilih pasangan hanya kerana kecantikannya paras rupa .
Saya juga yakin jika perkahwinan berlandaskan kasih sayang, saling mempercayai dan memilih pasangan tersebut kerana kebaikan serta keluhuran hatinya, walau apa pun yang berlaku pasti si dia tidak mudah berubah hati.
Pilihlah isteri kerana hatinya yang mulia bukan kerana kecantikan, insya-ALLAH itulah isteri kita di dunia dan akhirat.
Walau bagaimanapun , ini tidak bermakna wanita atau isteri harus memandang ringan tentang penampilan diri terutama apabila bersama si suami.
Memang ada sesetengah isteri yang cukup selesa dengan kedudukannya, mula tidak mengambil berat dan mengabaikan soal penampilan diri sehingga membuatkan suami mula berasa bosan.
Tidak semestinya perlu sentiasa mengenakan solekan atau berpakaian jenama mewah, memadai sentiasa kelihatan kemas dan sedap dipandang mata si suami .

- Mashitah Ashaari, peniaga, Johor Bahru
SAYA tidak setuju sama sekali dengan pendapat bahawa suami berubah hati apabila isterinya sudah tidak cantik atau menarik di pandangan mata. Kecantikan atau penampilan diri bukan faktor utama membawa perceraian atau keruntuhan rumah tangga.
Ada banyak sebab lain dan selalunya bergantung kepada hati. Malah kalau kita lihat kebanyakan kes penceraian yang berlaku hari ini melibatkan isteri masing-masing masih lagi cantik dan tetap seperti anak dara tetapi mungkin sudah tiada jodoh. Saiz badan berubah tidak seharusnya dijadikan alasan kukuh untuk suami berubah hati kerana segalanya bergantung kepada soal hati, perasaan dan kasih sayang.

- Zahiruddin Zakaria, 35, Eksekutif Operasi, Kuala Lumpur
MEMANG ada suami berubah hati apabila isterinya sudah tidak cantik lagi di pandangan matanya, tetapi bilangannya sedikit. Sebenarnya, suami berubah hati ini bergantung kepada individu itu sendiri dan kalau dah sayang, saiz badan bukanlah punca kepada penceraian. Bagaimanapun saya percaya segala-galanya terletak kepada hati seseorang itu.

Sumber : Utusan Malaysia




0 comments:

Post a Comment