ads

Sunday, October 4, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Bila Sekumpulan 'Samurai' Masuk Restoran !!


Sekumpulan 15 orang samseng telah mengamuk dengan bersenjatakan pisau dan pedang Samurai di dalam sebuah restoran hanya kerana tidak berpuas hati apabila ditegur berkelakuan kasar oleh pekerja premis tersebut .

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.20 pagi semalam, kumpulan lelaki itu berkelakuan tidak ubah seperti ahli kongsi gelap apabila turut merosakkan kerusi, meja dan hampir kesemua perkakasan di dalam restoran tersebut yang terletak di Seksyen 15 Subang Jaya.

Menurut salah seorang pekerja di restoran tersebut, kejadian itu berlaku apabila sekumpulan lelaki berusia 25 hingga 32 tahun muncul di premis itu dalam keadaan mabuk .

Mereka kemudian cuba mengalihkan meja di dalam restoran itu dengan kasar menyebabkan rakan sekerja saya menegur perbuatan mereka itu .

“Tindakan itu sebaliknya telah menyebabkan kumpulan suspek itu berang dan bertindak menendang mangsa sebelum rakan-rakannya yang lain turut membelasahnya ,” ujarnya lagi . 






0 comments:

Post a Comment