ads

Sunday, October 4, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! ' Saya Tak Kaya La ' - Nora Danish


Pelakon kecil molek Nora Danish, 33, menafikan ada dakwaan yang mengatakan dia kini adalah salah seorang artis wanita terkaya di Malaysia. 

Bagaimanapun Nora berkata, dia berlakon kerana perlu mencari rezeki untuk menyara keluarganya . 

Biarpun anaknya ditanggung oleh bekas suaminya, namun dia ada ibu dan adik-beradik yang lain yang perlu ditanggungnya .

“Jika betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja sebegini .

“Menyara keluarga adalah tanggungjawab utama saya dan sebagai seorang ibu, saya juga perlu berdikari untuk mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu membawa anak pergi bercuti,” ujarnya panjang lebar .

Menurut Nora lagi, jika betul dia sudah kaya tentu dia hanya memilih filem tertentu sahaja untuk berlakon.

Dakwaan itu timbul selepas dia mendapat banyak berlakon drama dan filem serta memiliki perniagaannya sendiri .

Jom tengok gambar Nora Danish yang cukup comel ..






sumber: mymetro




0 comments:

Post a Comment