ads

Thursday, October 1, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Segalanya Bagai Tidak Menjadi Buat The Red !!



Bagi permainan Piala Eropah semalam cukup tidak menjadi buat pasukan Liverpool , dimana mereka seri dua kali berturut-turut . The Reds tidak berjaya mengambil kesempatan daripada penguasaan mereka dimana  mereka telah digagalkan oleh kecekapan penjaga gawang Sion Andrejs Vanins .

Liverpool sekali lagi tidak dapat menahan tekanan ke atas mereka yang bermain digelanggang keramat mereka di Anfield .  Brendan Rodgers telah gagal mencatur anak buahnya , dimana mereka seri dengan Sion dalam perlawanan kedua mereka dalam Liga Piala Eropah awal pagi tadi dalam Kumpulan B.

Adam Lallana telah berjaya memberikan kelab Inggeris itu permulaan yang sempurna di Anfield, dengan menjadikan hantaran lintang Divock Origi untuk gol pertama The Red untuk mendahului Sion 1-0 selepas 4 minit perlawanan bermula .Pemain tengah itu dengan bijak menggunakan peluang dari tepi padang sebelah kanan untuk membuat hantaran lintang yang cukup sempurna dan ianya berjaya disudahkan .


Namun begitu kegembiraan mereka tidak lama apabila Sion bangkit dengan gol penyamaan daripada Ebenezer Assifuah selepas 16 minit dimana ia  bermula dengan kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan kiri mereka Nathaniel Clyne yang gagal menyekat bintang Ghana Assifuah untuk meloloskan diri dan menewaskan penjaga gawang The Red Simon Mignolet sama sekali membenarkan pasukan pelawat dari Swiss itu mencuri satu mata berharga di Andfield .  

Sion yang telah tewas 6-3 pada perlawanan terakhirnya telah berjaya memungut satu mata untuk dibawa pulang .Liverpool yang turun tanpa khidmat dua penyerang sensasi mereka Christian Benteke dan Daniel Sturridge kerana direhatkan menjelang Merseyside derby Ahad ini menentang Everton dalam liga perdana Inggeris .

Lain-lain keputusan : 









0 comments:

Post a Comment