ads

Thursday, October 1, 2015

Filled Under:

12 Tips Mengeratkan Hubungan Kasih Sayang Suami Isteri..


Dalam kehidupan berumahtangga , pastinya pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi oleh setiap pasangan . Ini semua merupakan asam garam dalam dunia perkahwinan . 

Namun begitu pergaduhan atau selisih faham antara suami isteri akan sentiasa terjadi atau kadang kala terjadi dalam  dunia rumahtangga  . 

Oleh yang demikian bagi mengeratkan hubungan yang terjalin antara suami dan isteri , kita sebagai pasangan perlu bersedia dan mencari sesuatu yang dapat mengeratkan hubungan berumahtangga .

Terdapat beberapa tips dalam mengeratkan hubungan buat pasangan yang berumahtangga yang dikongsikan antaranya : 

1) Cium tangan suami dan cium dahi isteri setiap kali sebelum keluar berasingan antara satu sama lain.

2) Walau sesibuk mana sekali pun, luangkanlah masa untuk menghubungi pasangan masing-masing sekurang-kurangnya sekali walaupun hanya sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan .

3) Sentiasa memberikan ucapkan kata-kata sayang seperti I love you moga-moga akan tersentuh hati pasangan anda .

4) Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama kerana pastinya ia dapat mengeratkan hubungan sesama pasangan apabila berdua .

5) Sentiasa  mengambil berat apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja sebagai tanda anda mengambil berat dan memberi peluang pasangan anda meluahkan perasaan .

6) Luangkan sedikit masa untuk berbual tentang apa sahaja dari segi isu rumahtangga hinggalah isu semasa sebelum tidur .

7) Mudah berbaik antara satu sama lain jika berlaku sebarang pertelingkahan, dan ingat jangan biarkan ianya berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

8) Sentiasa menemani pasangan anda semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun sambil membaca akhbar .

9) Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah ramai atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan hubungan kasih sayang.

10) Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas menunaikan solat .

11)  Sesekali buatlah kejutan buat pasangan seperti membeli hadiah atau kad untuk waktu-waktu  tertentu agar pasangan merasakan dirinya dihargai .

12) Senda gurau dalam hubungan berumahtangga amat penting, antaranya ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

Insyaallah dengan apa yang kita lakukan bersama-sama akan dapat mengekalkan hubungan serta merapatkan kasih sayang antara pasangan anda .




0 comments:

Post a Comment