Ketika Islam mengizinkan untuk
suami memukul isterinya, ia
tidak pula mengizinkan
pukulan yang menyakitkan
yang bertujuan untuk mencelakainya ,
membalas dendam ,
menyeksa , memperlecehkan
isteri dan menjebaknya dalam kehidupan yang tidak dia senangi.
Akan tetapi ,
pukulan tersebut juga ada batas
dan keperluan dalam
rangka mendidik, disertai pula dengan kasih
sayang dalam mendidik
dan pengajar.
Seorang suami juga tidak
boleh
memukul isterinya berdasarkan hawa nafsunya
sahaja .
Jika pun harus untuk
memukulnya, suami tidak boleh
bersikap kasar terhadapnya ini adalah kerana
Islam mengizinkan seorang suami itu memukul
dengan beberapa syarat , di
antaranya:
Isteri tetap dalam kederhakaanya ,
meskipun dia telah dinasihati
dengan baik-baik.
a) Hukuman
itu harus sesuai dengan jenis kesalahan yang
dilakukannya . Suami juga tidak
boleh langsung memisahkan tempat tidur bila
isterinya itu masih
boleh diberi nasihat dan arahan. Begitu pula, suami tidak boleh langsung
memukul sebelum suami mencuba hukuman berupa berpisah dari
tempat tidur. Ini adalah kerana memberi hukuman melebihi besarnya
dosa merupakan tindakan yang zalim.
b) Suami
harus selalu ingat bahawa tujuan dari
pukulan adalah sebagai penyelesaian, didikan dan pencegahan, dan
ianya tidak lebih dari itu. Maka, harus
diperhatikan sisi keringanan dalam pukulan, di mana pukulan telah terwujud
dengan menggunakan tangan, kayu siwak dan sebagainya.
c) Menjauhi
bahagian-bahagian tubuh yang
membahayakan, seperti kepala,
perut dan wajah.
d)Tidak
mematahkan tulang, tidak menimbulkan luka, dan tidak memukul berulang kali di
satu tempat.
e)Hukuman
tidak harus berlarut-larutan , baik berupa perkataan ataupun , perbuatan .
Ini adalah kerana ia akan menimbulkan kengerian kepada
isteri dan
mendorongnya untuk lebih membangkang dan memberontak .
0 comments:
Post a Comment