ads

Thursday, February 5, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tips Bagaimana Menjadi Bapa Yang Terbaik !!


Kehidupan lelaki selepas menimang cahaya mata, dulunya solo, kemudian berkahwin dan kini telah bergelar ayah! 

Pastinya pengalamannya cukup berbeza sekali dirasai oleh lelaki tatkala melangkah ke alam perkahwinan dan sudah tentulah, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk mengubah tabiat lama hidup bujang dan tiada komitmen lagi .

Andainya ketika bersendiri, semua yang dilakukan hanya berpandu kehendak dan gerak hati sendiri . Sebaik sahaja menjadi suami, senario nyata cukup berbeza sekali . 

Lelaki yang berkahwin adalah wajib untuk melindungi isteri, menjaga hatinya selain menyediakan segala keperluan keluarga. 

Begitulah hakikatnya apabila sudah memiliki tanggungjawab besar.

Maka tiba masa untuk bergelar bapa, lain pula ceritanya nanti . Ketika asyik berseronok mendengar perkhabaran itu, sedarkah anda betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul jejaka sebaik menerima anggota baru dalam hidup. 

Lelaki semestinya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tugas baru sebagai ketua keluarga.

Kelahiran si comel pastinya menjadi penyeri hidup, suara dan tawanya pasti melengkapkan hidup lelaki bergelar bapa dan ibu . 

Indahnya mahligai yang dibina dengan kehadiran si kecil tanda kasih sayang yang terbina . 

Namun , berdepan ‘tugas’ baru sebagai bapa, bagaimana agaknya melayan kerenah atau mood si kecil? Meragam, menangis tanpa henti siang atau malam, merengek, menguruskan aspek kebersihan termasuk memandi dan membersihkannya selepas membuang air kecil atau besar serta ketika si kecil tidak sihat nanti ?

Sebaik sahaja mendapat cahaya mata, inilah masanya bagi suami membuktikan rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada isteri. 

Bukan sekadar menjaga isteri dan si manja, sebagai ayah, anda harus melakukan lebih daripada itu semua . 


Biasakan berjaga malam

Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam . Jangan mengharapkan isteri sahaja untuk berjaga, sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada si comel.


Ringan tulang

Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.


Bersedia untuk kotorkan diri

Geli dengan najis si comel? Akurlah hakikat di mana anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan ayah anda juga pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa. Ikuti cara-cara memandikan si comel dalam entry cara mandikan bayi.


Dapatkan petua dari orang tua

Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai ayah muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.



Sediakan pengasuh

Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si comel yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.



Belajar berhadapan dengan tekanan

Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel ‘mengamuk’ atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!



Kawal nafsu anda !

Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.




Hormati ibu anak-anak anda

Salah satu hal terbaik yang dapat dilakukan ayah bagi anak-anaknya adalah menghormati ibu mereka. Setelah anda melafazkan ijab-kabul, anda wajar menjaga ikatan pernikahan anda agar tetap kuat dan penuh komitment.



Sentiasa Luangkanlah waktu bersama anak-anak anda

Bagaimana seorang ayah meluangkan waktunya dengan anak-anak amat mempengaruhi perkembangan mental anak-anak. Jika anda nampaknya selalu terlalu sibuk untuk anak-anak anda, mereka akan merasa dipinggirkan dan ini mampu menjejaskan perkembangan mereka.



Jadilah Role model 

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya, para ayah adalah role model atau idola bagi anak-anaknya. Seorang anak perempuan yang meluangkan waktu dengan ayahnya akan tumbuh dengan penuh kasih sayang dan tahu apa yang harus dicarinya dalam diri seorang suami, apabila dia dewasa kelak. Seorang anak lelaki yang meluangkan masa dengan ayahnya pula akan menghormati ayahnya. Setiap ayah seharusnya mengajar anak-anak lelakinya apa yang penting dalam kehidupan ini dengan mendemonstrasikan kejujuran, kerendahan hati dan tanggungjawab.



Jadilah guru kepada anak-anak

Tidak dapat dinafikan, bukan sedikit ayah yang menganggap bahawa mengajar adalah urusan isterinya dan orang lain. Contohnya, guru di sekolah. Jadikanlah anak sebagai amanah dan bukan sekadar anugerah. Seorang ayah yang memahami amanah yang dititipkan Allah Taala akan mengajar anak-anaknya tentang yang benar dan yang salah serta mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik. Dengan ini ayah akan melihat anak-anaknya membuat pilihan yang baik dalam hidup mereka.



Makanlah bersama-sama keluarga

Makan sarapan, makan siang, atau makan malam bersama-sama, boleh menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga yang sihat. Selain memberikan hak kepada ahli keluarga (walaupun anda seorang yang sangat sibuk), ini juga memberi anak-anak peluang untuk membicarakan apa yang sedang mereka kerjakan dan apa yang ingin mereka kerjakan. Hal ini pernah dikupas dalam entry Manfaatkan waktu malam bersama keluarga.



Bacakan cerita untuk anak-anak

Mulakanlah membacakan cerita untuk anak-anak semenjak mereka masih kecil. Setelah mereka lebih besar, doronglah mereka untuk membaca sendiri. Menanamkan semangat kecintaan untuk membaca adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan anak-anak anda mengalami pertumbuhan peribadi yang lebih cemerlang dalam hidup mereka.




Berikanlah kasih sayang anda

Anak-anak berhak untuk mendapatkan rasa tenteram yang tumbuh dari fikiran bahawa mereka diingini, diterima dan dikasihi oleh keluarga. Orang tua terutama para ayah, perlu membiasakan diri memeluk anak-anaknya. Memperlihatkan kasih sayang setiap hari adalah cara terbaik untuk memberitahu mereka bahawa anda sayang kepada mereka.



Ketahuilah bahawa tugas sebagai ayah tidak pernah tamat

Walaupun setelah anak-anak besar dan bersedia untuk meninggalkan rumahpun, mereka akan tetap mencari hikmat serta nasihat daripada ayah mereka. Mungkin persoalan bagi meneruskan pendidikan, pekerjaan baru atau pernikahan, para ayah terus memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak mereka.

Diharapkan tip-tips yang disenaraikan di atas dapat menjadi guideline para ayah di luar sana. Kita semua kalut dengan gejala sosial yang melanda masyarakat. Jika setiap ayah dan ibu berganding bahu menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, mungkin krisis sosial dapat dikurangkan di masa hadapan.





0 comments:

Post a Comment