ads

Thursday, February 5, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! 7 Cabaran Sebelum Melangkah ke Alam Perkahwinan !!


Kerap kali kita dengan apabila  sahaja berumur antara lingkungan 21-25 tahun ini, pasti setiap individu akan mula memikirkan soal berumah tangga dan mencari pasangan hidup. Ianya sudah menjadi fitrah setiap insan untuk memiliki pasangan hidup masing-masing . Ianya tidak terkecuali penulis juga yang mula merasai betapa perlunya mendirikan rumah tangga. Sedar tidak sedar, kita sudah pun mula melalui fasa perubahan ke arah yang lebih besar tanggungjawabnya. 

Jom kita baca beberapa cabaran yang bakal ditempuhi sebelum ke alam perkahwinan .


Terdapat banyak dalil secara umum mahupun dipetik dari sumber AlQuran dan Hadis menggalakkan keutamaan berkahwin dengan hikmah yang sangat luas. Diigatkan kembali Allah SWT berfirman:

"Dan sebahagian daripada ayat-ayatNya (bukti-bukti) bahawa Ia telah jadikan kamu dari jenis kamu berpasang-pasangan, yang kamu senangi kepadanya, dan Ia jadikan di antara kami rasa cinta dan kasih sayang.." Ar-Rum: 21.

FirmanNya lagi dalam surah An-Nur: 32,

"Dan kahwinkanlah laki-laki dan perempuan yang sendiri dari antara kami, dan hamba-hamba laki-laki dengan perempuan yang layak kamu nikahi. Jika mereka miskin, nanti Allah mampukan mereka dengan kurniaNya kerana Allah itu luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Jadi sejauhmanakah kita bersedia dan apakah cabarannya?



1. Cabaran Nafsu
Cabaran paling besar bila berada di zaman moden ini ialah cabaran melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Terus terang di sini bahwa generasi muda-mudi hari ini dihentam dengan pelbagai-bagai ujian yang boleh melunturkan nilai keimanan bahkan mampu menodai maruah mereka jika tidak dibendung dan dikawal dengan baik. Berapa banyak kes rogol, kes zina, kes sumbang mahram dan kes buang anak dilaporkan di media perdana dan itupun hanya segelintir besar dari yang dilaporkan dan berapa banyak yang belum dilaporkan lagi. Islam hadir membawa jalan dengan memberi ruang semua itu dengan pernikahan, tetapi sejauhmanakah masyarakat kita memahami situasi sekarang dan mengutamakan syariat dari adat .



2. Cabaran Adat/Kerenah Masyarakat
Sebab utama faktor adat yang terlalu melampau dalam masyarakat kita. Peranan ibu bapa yang terlalu mengikut adat sebenarnya sangatlah menyusahkan generasi yang ingin berkahwin. Ibu bapa seharusnya memahami bahawa situasi hari ini tidak sama dengan situasi 20-30 tahun lepas yang cabarannya mungkin tidak seberat cabaran hari ini dan seharusnya memudah dan mempercepat proses pernikahan. Adat kadang-kadang menyusahkan proses ini, dan yang lebih utama ialah syariat. Maka adalah penting menyedarkan ibu bapa agar tidak terikut dengan adat yang sekian lama menghantui mereka yang ingin berkahwin.



3. Cabaran Akademik
Akademik juga menjadi satu penghalang terbesar pada generasi hari ni memandangkan kehendak terhadap akademik menjadi satu bualan yang sangat penting. Lantas, ia menjadi satu alasan kukuh untuk melambatkan perkahwinan anak-anak kepada 'makcik-makcik' dan 'pakcik-pakcik' yang tidak pernah mahu mengambil tahu soal peri peritnya berada di zaman ini. Pasti alasan yang kukuh diberi ialah: "Awak kena belajar dulu, nanti fail pelajaran kan susah, kahwin pun tak dapat". Ada benarnya. Tetapi sejauhmanakah ia benar bergantung kepada tahap individu masing-masing. Tetapi pendek kata, secara umumnya, faktor akademik banyak menyebabkan generasi pemudi khususnya hari ini hilang tempat mencari calon pasangan. Hakikatnya ialah tidak ramai lelaki yang setinggi status akademik mereka dan bagi lelaki pula adalah merisaukan untuk mengahwini pemudi yang berkelayakan tinggi ini. Mungkin ini stigma yang selalu dirasai. Juga mungkin si pemudi pula tidaklah mahu pemuda yang berkelayakan rendah yang hanya menjual burger mahupun menjual di pasar malam sahaja sedangkan pemuda yang berkelayakan tinggi pula majoritinya sudah berpunya dan mahukan calon pasangan yang tidak sibuk dengan akademik dan mampu menjaga bakal anak-anak mereka dengan baik. 



4. Cabaran Kewangan
Di Malaysia, difahamkan dengan elaun bulanan yang tidaklah tinggi sekitar RM700-1500 khsus untuk membiayai kos hidup di universiti, maka mana mungkin untuk mengumpul kos wang hantaran serta kos sampingan perkahwinan yang mencecah puluh ribu ringgit. Kos semua perkahwinan paling murah adalah sekitar 20 ribu ringgit. Bagi yang belajar di luar negara ianya bukanlah satu perkara yang besar kerana elaun bulanan sangat tinggi sekitar RM4000 sebulan. Tetapi bayangkan bagi golongan majoritinya yang kebanyakan belajar di dalam negara ini, mahu tidak mahu akhirnya terpaksa membuat pinjaman dari bank-bank yang ada. Akhirnya, hutang PTPTN belum terbayar, ini pula ditambah hutang perkahwinan. Namun, ada penyelesaiannya, seperti yang diperkatakan sebelum ini, kedua-dua pihak ibu bapa seharusnya faham dan membantu memudahkan urusan perkahwinan. Ibu bapa juga perlu memainkan perana sebagai support system bagi memastikan anak-anak boleh bertatih meniti alam perkahwinan. Biarlah majlis perkahwinan sederhana dan kos yang tidak terlalu mahal, tetapi yang lebih perlu dilihat ialah post-pernikahan, lebih kritikal dan genting. 



5. Cabaran Pre-Pernikahan
Waktu-waktu paling kritikal yang saya rasa perlu dimasukkan sebagai salah satu cabaran ialah fasa pre-pernikahan ataupun sebelum pernikahan. Saya rasa lebih tepat dalam fasa pertunangan. Fasa pertunangan menuntut individu untuk benar-benar bermujahadah melawan segala godaan dan ujian yang bakal tiba. Pada saat-saat ini wujud pelbagai elemen yang boleh menghacurkan apa yang telah disepakati yang boleh membawa kepada kes putus tunang, kes zina, kes sumbang mahram kemungkaran secara nyata. Ramai yang menjadikan alasan pertunangan sebagai satu wasilah ataupun cara untuk berhubung dengan lebih rapat dengan si pasangan lantas kadang-kadang terlupa bahawa pertunangan tidak menghalalkan pegang tangan dan sebagainya. Konsep ini perlu diubah dalam masyarakat. Selagi lagi golongan yang lebih dewasa seperti pakcik ataupun makcik sedara juga ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi nasihat berterusan kepada kedua-dua bakal pasangan. 



6. Cabaran Psikologi/Emosi
Bakal pasangan perlu memahami bahawa penting untuk menguruskan emosi dan memahami psikologi diri masing-masing dengan baik. Persediaan memahami psikologi rumah tangga juga amat penting. Mungkin barangkali nilai ilmu psikologi rumah tangga perlu digarapkan bersama ke dalam kursus pre-perkahwinan untuk memastikan para bakal suami isteri bersedia dengan ilmu yang lebih praktikal dan meningkatkan kadar kebahagiaan rumah tangga lantas mengurangkan kes perceraian. 



7. Cabaran Membina Diri
Membina diri juga boleh diertikan apa yang kita ingin jadi lebih baik, mungkin dari aspek fizikal, dari aspek mental, dari aspek sikap, dari aspek kesedaran dan lain-lain. Membina diri ini memastikan kita bersedia melalui cabaran-cabaran lain yang bakal kita lalui dan juga memastikan kita berada dalam keadaan 'tip-top'.

Kesimpulan
Secara konklusinya  , tujuh cabaran yang biasanya bakal dilalui oleh mereka yang bakal menghadapi alam pernikahan. Walaupun ianya tidak lengkap, tapi  ianya mencakupi perkara-perkara asas dan umum yang seringkali dihadapi. Pernikahan sebenarnya satu tuntutan murni yang telah Islam gariskan terdapat di dalamnya berbagai-bagai hikmah yang Allah SWT inginkan. Maka adalah penting untuk sentiasa bersedia. Sekadar perkongsian biasa untuk tatapan bersama .




0 comments:

Post a Comment