ads

Saturday, January 24, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tips Kebahagiaan Akhirat Bagi Isteri Solehah !!


Pastinya setiap pasangan mengimpikan seorang suami dan isteri yang soleh dan solehah .

Oleh itu  yang demikian rugilah bagi pasangan yang tidak mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk mereka berdua .

Bagi seorang isteri pastinya mahu mencapai kebahagiaan di akhirat kelak dengan menjadi seorang isteri yang setia dan solehah buat suaminya .

Jom kita baca tips kebahagiaan akhirat bagi isteri solehah .

a) Selain dari taat kepada Allah SWT dan Rasulnya, wajib ke atas muslimah untuk mematuhi segala arahan dan larang-Nya.


b) Selagi suami tidak mengarahkan isteri melakukan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan agama, wajib bagi isteri memenuhi permintaan suami.


c) Jangan sekali-kali anda meninggikan suara di hadapan suami jauh sekali merendah-rendahkannya.

d) Bersyukur adalah satu perbuatan yang mulia. Isteri yang baik akan sentiasa memanjatkan kesyukuran ke atas apa yang dikurniakan kepadanya dan ia termasuklah menerima kekurangan suami dengan reda.


e) Hak suami harus didahulukan berbanding dengan orang lain mahupun diri anda sendiri. Sentiasa tunjukkan akhlak yang baik, penuh berhemah dan menyayangi suami dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah-bahagi.


f) Sebaik-baiknya cuba elakkan sebarang perkara yang menyakiti hati suami, jika berlaku tanpa disengajakan, segeralah memohon maaf daripadanya.




0 comments:

Post a Comment