ads

Saturday, January 24, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tip Hangatkan Cinta Suami Isteri Agar Terus Mekar !!


Perasaan kasih dan sayang antara pasangan suami isteri seharusnya berkekalan mengikut peredaran masa. 

Ianya tidak mengira perubahan usia ataupun fizikal seseorang pasangan itu. 

Seharusnya semakin bertambah usia perkahwinan, maka semakin teguh rasa kasih dan sayang antara pasangan itu .

Islam telah menganjurkan hubungan baik antara pasangan suami isteri sehingga ke akhir hayat. 

Lumrah kehidupan manusia ada yang mudah berubah hati tatkala melihat suami atau isteri mengalami perubahan fizikal dan biologi serta cabaran persekitaran. 

Mengekalkan perasaan sayang yang berputik semenjak di awal perkahwinan memerlukan usaha berterusan daripada kedua-dua belah pihak. 

Berikut sedikit panduan yang boleh dipraktikkan dan Insya-Allah berkat doa dna usaha anda selama ini, keharmonian rumahtangga tetap terpelihara.


1.  Jangan Ikutkan Perasaan

 Hubungan suami isteri ada pasang dan surut. Pertelingkahan kecil adalah normal. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. 

Ada waktu-waktu tertentu mungkin si isteri merasakan perhatian dan belaian suami tidak sehangat sebagaimana waktu baru berkahwin dulu. 

Perasaan sensitif terhadap perubahan ini menyebabkan isteri tertanya-tanya adakah cinta suaminya sudah berkurangan atau adakah suaminya sudah beralih kasih kepada perempuan lain?

Sebagai seorang isteri dan muslimah yang matang, anda jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dan mengikut perasaan. 

Mungkin rasa sayangnya masih kukuh malah bertambah, cuma yang kurang hanyalah tindakan atau ekspresinya sahaja.

Anda harus sedar dan menerima hakikat, pemberian hadiah atau pelbagai kad ucapan bukan kayu pengukur terhadap hubungan tersebut. 

Jangan ikutkan perasaan dan bersikap positiflah terhadap perubahan tersebut. Secara perlahan anda tidak akan terlalu mendesak agar kemahuan dituruti oleh suami yang semakin sibuk dengan urusan kerja mencari nafkah keluarga. 

Anda perlu bersikap lebih realistik. Buang jauh-jauh segala andaian jahat yang menghantui fikiran anda. Sebaiknya cuba berbincang dan terbuka mengenainya.


2. Memberi Kejutan Kecil

Komunikasi dua hala adalah antara faktor wujudnya keharmonian rumahtangga. Tiada perasaan memendam rasa di hati pasangan. 

Keterbukaan ini bukan sahaja terhad kepada tutur bicara tetapi juga mencakupi bagaimana pasangan bertindak balas dengan melakukan beberapa perkara yang disukai oleh pasangannya. 

Secara fitrahnya, isteri memang sukakan kepada perhatian dan belaian suami namun ini tidak bermakna suami tidak memerlukan itu semua kerana dia juga manusia biasa dan mempunyai perasaan walaupun tidak sepeka wanita.

     Melaksanakan itu semua, anda harus memahami dan mengenali suami anda dengan mengetahui apa yang digemari dan kurang digemarinya. 

Sebagai contoh anda boleh membuat sedikit kejutan kecil dengan mengadakan satu jamuan makan malam yang romantis untuk anda berdua. 

Tampilkan suasana tenang dan aman agar dapat mengembalikan kenangan perhubungan mesra anda sewaktu di awal perkahwinan dulu. 

Cara ini sedikit sebanyak akan menyentuh perasaan suami dan dia pasti berasa dihargai malah kasih sayangnya kepada anda semakin menebal.


3. Sentiasa Tampil Cantik Dan Kemas

Jika sebelum berkahwin anda adalah manusia yang paling bergaya dan sentiasa tampil menawan. 

Pastikan anda mengekalkan keadaan itu walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai. 

Jangan jadikan kesuntukan masa untuk bersolek menghalang anda tampil menawan di mata suami. 

Penampilan yang tidak terurus akan mematahkan selera suami untuk bermesra dan pastinya sedikit sebanyak rasa sayang tersebut tergugat. 

Jika tidak kerana suami sekalipun, sekurang-kurangnya anda tampil cantik dan jelita untuk kepuasan diri. 

Anda boleh mencuri-curi masa dengan izinnya pergi ke pusat rawatan badan, pusat gymnasium untuk meningkatkan stamina tubuh badan. 

Badan yang sihat mampu merangsangkan hubungan anda sewaktu berjimak.


4 .Tunjukkan kemesraan

Belaian penuh mesra yang tidak berubah semenjak berkahwin merupakan salah satu faktor membantu salah satu faktor membantu mengekalkan keharmonian rumahtangga. 

Setiap saat bersama perlu diisi dengan suasana dan layanan istimewa untuk suami dan begitu juga untuk isteri. 

Yakinkan pasangan masing-masing bahawa kehadirannya membawa makna yang besar dalam hidup dan anda sangat memerlukannya. 

Baik ketika melayani suami di meja makan atau melayani isteri di kamar tidur.





0 comments:

Post a Comment