ads

Sunday, January 18, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Tip Memujuk Suami Merajuk Buat Para Isteri !!


Pada kebiasaannya pasangan mana yang tidak pernah ditimpa masalah? Perselisihan faham pasti akan berlaku di dalam suatu perkahwinan kerana itulah asam garam dalam berumahtangga . Tetapi apa yang pasti apabila berlakunya pergaduhan atau pertengkaran, pasti akan ada pihak yang merajuk.
Untuk pengetahuan semua , bukan perempuan sahaja yang merajuk, malahan ada juga lelaki yang cenderung untuk merajuk apabila berlaku perselisihan faham .

Kadang kala merajuk tentang perkara yang kecil? Buntu mengapa pasangan anda merajuk? Langsung tidak dapat dihubungi selepas berlaku bertengkar?
Terdapat beberapa tips bagaimana untuk memujuk suami yang merajuk. Antaranya : 
1) Beri Ruang Untuknya Bersendirian
Biarkan pasangan anda untuk menyendiri atau membawa diri seketika apabila berlaku pertengkaran. Cuba jangan ganggu si suami dalam masa yang terdekat. Berikan dia ruang untuk berfikir.
Biar dia berfikir apa punca sehingga terjadinya perselisihan faham berkenaan. Mungkin egonya tidak lama dan kemudian berbaik kembali anda. Biasanya lelaki perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan fikiran.
Jangan sesekali berleter atau meninggikan suara pada suami anda, dikuatiri membuat suami anda jemu melayan kerenah anda, atau lebih buruk lagi membuatkannya hilang pertimbangan.

2) Gembirakan Diri Sendiri
Di kala si suami sedang menenangkan diri untuk menyejukkan hati, apa kata anda buang kerungsinganya dengan melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan hati kedua belah pihak. Sebagai contoh, membawa anak-anak ke taman tema atau tempat rekreasi.

3) Layan Sahaja Kehendaknya.
Jika si suami nampak melakukan apa-apa aktiviti bersedirian, cuba dekati si suami dengan melayan kerenahnya dan apa yang dia minati. Contoh jika pasangan anda suka menonton siaran sukan, apa kata anda duduk di sebelah si dia dan bersama-sama menonton rancangan tersebut.
Anda juga boleh cuba memasak masakan yang digemarinya. Pasti suami anda lembut hati dari merajuk kerana lelaki suka kepada wanita yang pandai melayan kerenah mereka.

4) Pujuk dengan Kata-Kata Manis
Kaum lelaki adalah golongan yang jenis suka dipujuk rayu oleh pasangan mereka. Cubalah pujuk suami anda dengan kata-kata manis seperti panggilan manja, contohnya ‘sayang’ , ’bushuk’.
Selitkan juga ayat-ayat jiwang untuk memujuk suami anda. Anda juga boleh menyelitkan ayat humors kepada si dia, asalkan ianya tidak melibatkan soal peribadi suami anda.

5) Nyanyikan lagu Buat Suami Anda
Pasti tidak ramai yang pernah melakukan perkara ini untuk memujuk suami anda bukan? Apa kata anda cuba memikat kembali hati pasangan anda dengan menyanyikan lagu yang mempunyai unsur memujuk, lagu kegemarannya atau lagu yang si dia pernah nyanyikan untuk anda ketika mula-mula berkenalan dan permulaan bercinta.
Usah pedulikan suara anda merdu atau sumbang kerana ia sekadar pujuk memujuk yang hanya melibatkan anda dan pasangan anda sahaja. Pasti si dia tersenyum lebar dengan sikap anda yang nampak bersungguh-sungguh untuk memujuknya.

6) Mengalah dan Meminta Maaf
Kaum lelaki terkenal dengan egonya yang tinggi. Jika anda yang menjadi punca kepada perselisihan faham tersebut, adalah lebih baik anda mengalah dan meminta kepada pasangan anda. Terangkan kenapa berlaku perselisihan faham dan tanyakan mengapa si dia merajuk dengan nada dengan yang lembut .
Jika silap itu bukan dari anda sekalipun, apa kata, sekali sekala anda meminta maaf kepada si suami. Mungkin ia akan membuatkan dia serba salah dan turut meminta maaf kepada anda dengan kesilapan yang telah dilakukannya. Jangan biarkan merajuk pasangan anda berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan anda. 




0 comments:

Post a Comment