ads

Sunday, January 18, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Bahagiakanlah Isterimu Pasti Engkau Bahagia !!


"Memberilah agar engkau mendapatkan" . Demikianlah bunyi salah satu petua kehidupan . 

Apabila engkau memberikan kebahagiaan pada isterimu , anda pasti mendapatkannya . 

Ketahuilah orang yang paling diuntungkan oleh kebahagiaan isterimu adalah anda sendiri . 

Sebab apabila anda membahagiakannya , isterimu akan membalas budi baikmu.

Perasaan wanita yang mudah peka pada setiap apa yang dilakukan oleh suaminya kerana seorang isteri itu sanggup mencurahkan upaya dan berkorban demi orang yang dicintainya . 

Oleh yang demikian untuk membahagiakan isterimu anda perlu : 

a) Ajaklah dia berbicara akan segala urusanmu .

b) Gunakanlah tutur kata yang halus padanya .

c) Berikan perintah dengan tutur kata lemah lembut dan jangan memerintah  
    dengan bongkak dan sombong .

d) Penuhilah nafkah yang harus dia perolehi dan lengkapkanlah dia dengan 
    barang rumahtangga yang dia perlukan .

e) Ajaklah isterimu bermesra dan godalah dia secara berkala .

f) Berilah sebahagiaan waktu anda untuk isterimu dan jangan sampai pekerjaan 
   anda melalaikan sehingga lupa waktu untuk bersamanya .

g) Ungkaplah kata cinta untuknya dan pastikan masih ada rasa cemburu dalam 
    dirimu untuk dia .

h) Berikanlah hadiah buatnya pada setiap kali anda teringatkannya .

i) Pastikan anda berkongsi setiap masalahnya bersama anda supaya segalanya 
   akan dapat dipikul bersamanya .

j) Jangan membebankan diri isterimu dengan pelbagai permintaan dan 
   tuntutan.




0 comments:

Post a Comment