Pastinya bentuk tubuh ideal memang menjadi
dambaan setiap individu tidak kira wanita mahupun lelaki. Selain daripada cantik
untuk dilihat, memiliki tubuh yang ideal juga penting dalam kesihatan. Namun
jika hanya berdiet sahaja ianya masih tidak mencukupi . Untuk menurunkan berat
badan atau mengekalkannya, anda perlu bersenam iaitu dengan cara membakar
kalori. Berikut beberapa langkah mudah untuk anda membakar kalori.
BERMAIN
BOLING
Jika anda mempunyai waktu rehat yang panjang anda
pergi bermain boling. Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori.
Tetapi anda harus mengurangkan memakan makanan ringan semasa bermain boling.
Barulah pembakaran kalori dapat berjalan dengan lancar.
MELOMPAT
Skipping atau melompat selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori sehari . Lakukannya pada setiap hari. Melompat bukan sahaja boleh dilakukan di rumah tetapi ianya juga boleh dilakukan di pejabat. Hanya perlu cari kawasan yang sesuai bagi membolehkan anda melompat dengan selesa dan bebas.
BERJALAN
KAKI 20 MINIT
Pastikan anda meluangkan masa untuk berjalan kaki
selama 20 minit atau 2000 langkah sehari . Ia dapat membakar 100 kalori. Jika
anda bekerja, pastikan anda parkir kereta jauh sedikit dan mulalah berjalan.
Jika anda seorang suri rumah pula , berjalanlah di sekitar rumah selama 20
minit.
MENGEMAS RUMAH
Tahukah anda bahawa dengan mengemas rumah selama 40 minit sehari, anda dapat membakar 100 kalori dalam sehari . Oleh yang demikian jadikan amalan mengemas rumah sebagai rutin setiap hari dan ianya memang berkesan .
TIDUR
Bagi pengetahuan anda tidur boleh membakar 100 kalori jika anda menambah dua hingga 5 paun berat otot anda . Caranya dengan menambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gimnasium. Pastikan anda jangan terlebih tidur pula. Nanti badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya .
MEMBELI-BELAH
Pastinya ramai wanita di luar sana yang suka
membeli-belah dan makan diluar . Membeli-belah bukan sahaja mampu memuaskan
hati anda kerana ianya juga dapat memberi apa yang diinginkan tetapi dalam masa
yang sama ia mampu membakar kalori tanpa bersenam. Contohnya jika anda shopping
dan membeli belah selama 40 minit ianya dapat membakar 100 kalori.
MEMBAWA
BAKUL SEMASA MEMBELI BARANG
Mungkin anda sudah terbiasa menggunakan troli
semasa membeli barang dapur. Tetapi bermula hari ini, bertukar pula dengan membawa
bakul kerana dengan membawa bakul selama 30 minit dapat membakar 100
kalori anda .
BERMAIN SNOOKER
Bermain pool dan snooker selama 40 minit juga dapat membakar 100 kalori. Bayangkan jika anda bermain selama berjam-jam? Tentu lebih banyak kalori yang mampu anda bakar .
TELEFON SAMBIL BERJALAN
Menelefon juga boleh membakar kalori. Jika anda menelefon selama satu jam, anda dapat membakar sekurang-kurangnya 100 kalori! Kajian mendapati bahawa apabila wanita bekerjaya bercakap melalui telefon sambil berjalan mengelilingi ruang pejabat , mereka mampu membakar sejumlah kalori.
BERDIRI
Mungkin ianya kedengaran tidak membantu tetapi
percayalah bahawa ia juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori
dengan mudah. Cuba berdiri selama 20 minit selang beberapa jam ketika anda di
pejabat mahupun semasa di rumah. Berdiri selama 20 minit dapat membakar 100
kalori. Contohnya anda boleh lakukan di pejabat (berdiri semasa membuat
panggilan atau bercakap dengan rakan sekerja).
MEMBASUH/MELIPAT/
GOSOK BAJU
Pastikan anda luangkan masa selama 45 minit
dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian setiap hari dan anda boleh
membakar 100 kalori.
MENGEMAS
KATIL
Selepas ini, pastikan anda rajin untuk
mengemas katil. Mengemas katil, bantal, menukar sarung bantal dan tilam selama
50 minit sehingga 1 jam dapat membakar 100 kalori.
MENARI
Pastikan anda belajar untuk menari kerana selain
mampu membentuk tubuh, menari juga dikatakan mampu membakar kalori dengan
cepat. Menari selama 20 minit juga dapat membakar 100 kalori.
NAIK TURUN
TANGGA
Jika anda di pejabat , elakkan sama sekali
menggunakan lif manakala bagi suri rumah, gunakan tangga semasa di rumah . Ia juga dapat membantu membakar 100 kalori .
MEMOTONG SAYURAN
Ketika anda memasak di dapur, cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 40 minit untuk memotong sayur. Aktiviti memotong sayur selama 40 minit dikatakan dapat membakar 100 kalori.
0 comments:
Post a Comment