Pastinya ramai pasangan bahagia bukan
sahaja yang baru berkahwin, malah pasangan yang sudah lama berkahwin juga ingin
dikurniakan cahaya mata kembar buat mereka .
Namun begitu, pelbagai tanggapan yang
sering kita dengan antaranya factor keturunan dimana sesiapa yang ada
keturunannya kembar maka ia akan mudah mendapat anak kembar .
Namun begitu tidak semua yang mendapatkan
anak kembar, adalah disebabkan factor genetik yang ada pada mereka .
Untuk pengetahuan semua terdapat 2 jenis kembar yang sering kita
dengar iaitu :
1.Kembar
seiras yang berlaku apabila satu telur bersenyawa
dengan satu benih sperma dan kemudian embrio itu akan terbelah dan menghasilkan
2 embrio. Embrio akan mula membahagi dan menghasilkan dua janin dan
akhirnya dua bayi dihasilkan .
2.Kembar
tidak seiras pula berlaku apabila 2 telur
yang berbeza bersenyawa dengan 2 sperma dan ianya menghasilkan 2 embrio, keduanya
membesar menjadi janin dan akhirnya menghasilkan dua orang bayi.
Kembar seiras juga berkongsi gen
sesama sendiri dan jantina mereka juga serupa iaitu lelaki-lelaki atau
perempuan-perempuan .
Sebaliknya jantina bagi kembar tak
seiras boleh jadi sama (lelaki-lelaki atau perempuan perempuan) atau tidak sama
(lelaki - perempuan) .
Terdapat beberapa faktor untuk mendapatkan anak
Kembar iaitu :
Faktor Genetik
Pastinya salasilah
keluarga yang mempunyai pasangan anak kembar, keberangkalian untuk anda juga
besar untuk memiliki anak kembar. Hal ini
juga kerana mungkin ianya telah
diturunkan kepada diri anda.
Berat dan Ketinggian Badan
Bagi wanita yang mempunyai berat lebih daripada badannya dan lebih ketingginya , lebih berpeluang mempunyai anak kembar .
Faktor Usia
Bagi wanita yang
berusia di antara 35 hingga 40 tahun ke atas, mempunyai peluang yang lebih
tinggi berbanding wanita lain untuk mendapat anak kembar . Ini adalah kerana
pada usia ini, wanita lebih cenderung kepada pengambilan rawatan kesuburan.
Bilangan Anak
Oleh yang demikian semakin tinggi bilangan anak yang anda lahirkan, semakin tinggi pula peluang untuk anda mendapatkan anak kembar .
Cara Pemakanan
Seperti mana yang
diketahui , pengambilan makanan yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi
akan membantu anda melahirkan anak kembar
Pil Kesuburan
Sebelum seseorang
wanita itu mengandung, jika wanita itu mengambil ubat kesuburan , ia dapat
meningkatkan keberangkalian untuk menghasilkan dua ovum dan seterusnya akan mendapatkan
anak kembar .
0 comments:
Post a Comment