ads

Thursday, January 1, 2015

Filled Under:

MEMANG SEDIH !! Lelaki Warga Emas Tinggal Dalam Hutan Lebih 30 Tahun... !!


Pasti siapa akan menyangka dalam kepesatan pembangunan di negara kita masih ada masyarakat yang terlepas pandang pada penderitaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam hutan kecil di belakang kawasan perumahan Damaisari, Wangsa Melawati lebih daripada 30 tahun lalu.
Mohamed Dris, 74, berkata dia hidup sebatang kara di pondok usang kerana tidak mampu menyewa rumah semenjak dia kehilangan punca pendapatan sebagai penoreh di tempat itu yang dahulunya merupakan ladang getah.
Pakcik sudah tidak larat untuk bekerja dan lebih teruk daripada itu pakcik kini menghidap penyakit kencing manis ,” ujarnya kepada Bernama di pondoknya .
Menurutnya lagi , dia tidak pernah berkahwin dan tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya menguruskan hidup secara bersendirian sahaja.
Pondok yang telah dibinanya sejak 1980 dengan menggunakan papan dan zink yang dibuang kini reput dan di dalamnya hanya terdapat sebuah meja papan buatan sendiri dan tikar getah digunakannya sebagai alas tidur .
Malah, kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air tidak pernah dirasainya sejak dia menetap di pondok usang itu .
Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Sarjan Jasman Aris yang ditemui Bernama berkata pihaknya terjumpa warga emas itu ketika melakukan Operasi ‘Santa’ pada malam sambutan Krismas pada 25 Dis yang lalu.
Kami telah menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat sebuah pondok dalam hutan kecil di belakang perumahan Damaisari, Desa Melawati yang khuatir dengan kewujudan pondok tersebut menjadi sarang bagi kegiatan dadah dan kes jenayah lain sebelum ini,” ujarnya.
Menceritakan pengalaman tersebut, Jasman berkata pihaknya telah membuat serbuan pada jam 1 pagi dan kehadiran mereka disambut dengan salakan anjing liar dan kemudian muncul lelaki warga emas dalam keadaan daif yang hanya memakai kain pelekat yang sudah lusuh tanpa baju daripada pondok tersebut.
“Cukup sedih melihat keadaan pakcik itu, seorang anggota kami segera membeli nasi dan pakcik Mohamed menangis kerana terharu apabila menerima makanan tesebut.
“Beliau hanya tersenyum dan berkata pakcik tidak boleh makan nasi dan minum air bergula kerana ada kencing manis,” ujarnya sayu .
Jasman berkata seorang anggotanya kemudian mendapatkan roti dan air mineral dan beliau menerimanya dengan penuh senyuman .
Sementara menunggu bantuan daripada pihak kebajikan masyarakat, anggota kami bergilir-gilir menghantar bekalan roti dan air kepada pakcik Mohamad kerana berasa cukup simpati melihat keadaannya yang cukup daif ,” katanya lagi .
Beliau berkata pihak Balai Polis Wangsa Maju telah memanjangkan perkara tersebut kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa untuk Mohamed berteduh .
Kami di Balai Polis Wangsa Maju berharap pakcik Mohamed akan mendapat sokongan dan bantuan segera daripada pihak Baitumal dan penduduk sekitar bagi mengubah masa depannya,” tambahnya lagi.
Sebaik sahaja anggota polis menemui Mohamed, lakaran hidupnya ibarat rezeki yang turun dari langit bagai tidak terkata .
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Balai Polis Wangsa Maju kerana sudi menghantar makanan setiap hari kepada saya .
“Kini saya tidak perlu risau bagaimana hendak mendapatkan makanan lagi dan saya cukup merasa terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh warga Balai Polis Wangsa Maju yang dilihat bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan buat saya … saya langsung tiada niat untuk menyusahkan mereka,” ujarnya dengan nada sedih dan terharu . – BERNAMA




0 comments:

Post a Comment