ads

Saturday, December 27, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK 6 GAMBAR !! Lelaki Ini Mendapat Gelaran Lelaki Duyung ..Mengapa ?



Oleh kerana ketaksubannya kepada ikan duyung , seorang lelaki daripada Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos yang sering mendapat perhatian umum. 



Eric Ducharme, dialah lelaki unik yang mahu menjadi seperti ikan duyung dan ianya memang menjadi impiannya sejak dia terpesona dengan keunikan makhluk mitos tersebut .


Justeru itu , Ducharme telah menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam. 

Dia juga memiliki sijil sebagai penyelam dan dia juga dikhabarkan mampu  menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai bergelar sebagai ikan duyung. 



Menurut Ducharme lagi , dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ianya adalah pilihannya sendiri. “Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur. Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” ujarnya ketika diajukan soalan .










Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri. Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi. 

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri. “Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. 

Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu. “Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya

        




0 comments:

Post a Comment