ads

Monday, January 26, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Awas Ibu Bapa !! Anak Perlu Tidur Asing Dengan Ibu Bapa !!


Walaupun anak-anak semasa tidur bersama kita kelihatan tidur dengan lena , namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar dari masa ke semasa . Oleh itu berwaspadalah sentiasa wahai ibu bapa !

Kini pendidikan seks, sudah mula diperkenalkan semasa mereka disekolah lebih-lebih lagi dalam subjek pendidikan jasmani . Namun ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan cukup memalukan.

Pada hakikatnya,  ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang dilihat kini amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa sekarang .


Kini pelbagai gejala sosial yang berlaku antaranya seperti penzinaan , pembuangan anak , seks luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam dan lebih ketara lagi aksi peluk gadis bertudung dengan artis Kpop kesayangan mereka yang cukup menggemparkan baru-baru ini . Saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil lagi kerana ia secara tidak langsung dapat mencegah perbuatan yang tidak baik dari berlaku .

Maka sejak mereka kecil lagi, anak-anak perlulah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.

Adab ini perlulah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka perlu mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu :

a) Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka.

b) Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya.

c) Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat.


Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak masih kecil lagi . Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pemerhatian , ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh .

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.Sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.

Apa yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, amat sukar untuk kita padamkan .

Oleh yang demikian , wahai ibu bapa yang budiman , asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya demi masa depan ...


Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya pada usia umur mereka . Oleh itu berjaga-jagalah dari awal lagi.

Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik di dalam Islam .

Sehinggalah , apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh dan teladan yang mulia dalam kelakuan serta akhlaknya...

Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ selamba bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya nanti .

Dan apa yang ditakuti nanti , betapa banyak pula anak-anak ini menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta ingin merasai kenikmatannya....



Lantaran daripada itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak ini akan mempunyai akhlak yang mulia dan  menjadi penyejuk mata kita di dunia dan di akhirat kelak .
 

Wallahua’lam




0 comments:

Post a Comment