ads

Friday, December 19, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Fenomena Di Seberang Takir Semalam Cukup Mengejutkan Rakyat Terengganu !!


Ianya sesuatu yang cukup mengejutkan apabila semalam ribuan kerang didapati telah mendarat di Pantai Seberang Takir, di sini, sehingga menjadikan kawasan berkenaan dipenuhi penduduk setempat yang datang untuk menyaksikannya .

Pada November yang lalu, fenomena yang sama berlaku di Pantai Rusila, Marang dan Pantai Sura Hujung, Dungun, apabila ribuan kerang terdampar di kawasan pantai tersebut yang menjadikan kawasan berkenaan seakan-akan pesta mengutip kerang .

Keadaan itu juga disifatkan sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku di pesisir pantai berkenaan.

Difahamkan juga , ramai penduduk mula mengetahui bahawa kerang memenuhi kawasan berkenaan pada awal pagi dan keadaan bertambah sesak menjelang petang semalam .

Sehingga jam sudah hampir 7 malam ini, orang ramai masih memenuhi kawasan pantai berkenaan walaupun keadaan ombak tinggi dan besar mula berlaku .

Menurut seorang penduduk, Rosamiza Omar, 47, berkata, kejadian kerang naik ke darat tidak pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini .

-mymetro




0 comments:

Post a Comment