ads

Thursday, December 18, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! "Ibu Menjerit Melihat Satu Kelibat Di Belakang Rumah" ..Mengapa !!


Memang cukup mengejutkan apabila seorang pesara guru telah cedera di tangan dan kepala apabila dia ditetak oleh seorang penyamun dalam kejadian yang berlaku di Kampung Parit Yaani Tengah semalam .

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa Mohd Fadhil Sayuti, 73, pada mulanya cuba membantu isterinya, Zainab Tarmidi, 59, yang ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng di belakang rumah mereka.

Menurut anak mangsa, Hajarul Aisyah Mohd Fadhil, 26, ibu bapanya itu tinggal berdua ketika kejadian berlaku dan penyamun terbabit sempat melarikan barang kemas ibunya sebelum berjaya melarikan diri.

"Sebaik sahaja ternampak kelibat lelaki tersebut, ibunya telah menjerit dan bapanya terus ke belakang rumah untuk melihat sebelum berlaku pergelutan dengan penyamun tersebut ," ujarnya panjang lebar .


Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa kejadian dan siasatan lanjut telah dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat .

-mymetro




0 comments:

Post a Comment