ads

Sunday, December 21, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK 2 GAMBAR !! Warga Emas Ini Menjadi Viral Di Laman Sosial Kerana Sanggup Kutip Sampah Demi....!!


Menurut maklumat , seorang warga emas sanggup mencari rezeki dengan mengutip sampah dan dia telah mendapat perhatian di Internet selepas membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya dengan menggunakan wang yang simpanannya hasil kutipannya sejak bertahun yang lalu.

Lelaki itu juga dilihat telah membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan telah mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya tersayang . 

Imej lelaki itu telah dimuat naik ke Internet dan mula menjadi percakapan ramai yang rata-rata orang memuji tindakannya yang disifatkan cukup romantik.

Menurut pengguna Weibo @zhelishixinjiang berkata, dia telah melihat lelaki dianggarkan berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya .

Kehidupan kami agak sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya,” ujar lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.


Pengguna Weibo turut memuji lelaki itu dan menganggap kasih sayang yang berpanjangan antara pasangan berkenaan telah membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman moden ini.

Pengguna dikenali sebagai Cailing berkata: “Saya berasal dari Korla dan ini perkara paling romantik pernah berlaku di sini. Saya mendoakan agar kehidupan yang baik untuk mereka!” 

“Menghadapi hari tua bersama, memang cukup romantik,” kata seorang lagi. 

-mymetro




0 comments:

Post a Comment