ads

Sunday, December 21, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Lelaki Ini Dikatakan Cukup Hebat Kerana Mempunyai 24 Anak Dan 60 Cucu !!


Seorang lelaki yang berusia 70 tahun ini mempunyai 24 anak dengan yang tua sudahpun berusia 47 tahun dan yang kecil masih berusia dua bulan namun masih berminat untuk memiliki cahaya mata lagi.

Mohammed Saeed yang juga telah memiliki 60 cucu sudah berkahwin sebanyak 16 kali kini menanti anak yang ke-25 yang dijangka dilahirkan tujuh bulan lagi.

Saeed telah menceraikan kebanyakan isterinya dan buat masa ini hanya mempunyai dua isteri yang tinggal bersama-samanya.

Dia telah berkahwin buat kali pertama ketika berusia 12 tahun dan berterusan sehingga 2005. 

Isterinya terdiri daripada wanita Arab dan juga bangsa asing .
Menurutnya, dia telah berkahwin beberapa kali kerana sentiasa menginginkan anak yang ramai.

Mengenang kembali zaman mudanya , Saeed juga berkata, dia mempunyai empat anak hasil daripada perkahwinannya dengan wanita tempatan. 

Dia juga kemudian telah berkahwin dengan wanita Britain yang menetap di UAE ketika itu. Mereka bagaimanapun bercerai tanpa mempunyai anak.

Saeed berkata, dia memandang berat dalam hal menyediakan keperluan untuk bekas isterinya dan memastikan semuanya lengkap, termasuk rumah untuk wanita berkenaan dan anak mereka .

Walaupun sudah memiliki 24 anak dan 60 cucu, lelaki itu berkata, dia merancang untuk berkahwin lagi dan menambah ahli keluarganya hingga mencecah 100 orang. - Agensi




0 comments:

Post a Comment