ads

Wednesday, December 17, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Kisah Pasangan Muda Kahwin Di Usia Muda Jadi Viral Di Laman Sosial !!


Pastinya ia jarang-jarang kita dengar dan secara tiba-tiba kisah pasangan remaja yang berkahwin pada usia muda iaitu Muhd Muaz, 15, dan isterinya Amiera Nur Ezati, 17, jadi perbualan hangat di laman sosial .
Berita perkahwinan pasangan pengantin baru ini nyata menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan daripada masyarakat sekeliling .
Ada diantaranya yang memuji dengan berkata keputusan pasangan ini dapat menghindari daripada perbuatan maksiat dan zina namun tidak kurang juga yang menzahirkan rasa bimbang akan kehidupan mereka di kemudian hari nanti.
Namun begitu , menerusi laman sosial Facebook milik Muaz sendiri , dilihat ramai kenalan dan orang ramai yang memberikan ucapan tahniah dan nasihat kepadanya serta pasangannya .



Menurut Muaz lagi menerusi akaun Facebooknya , perkahwinannya itu bukanlah atas dasar paksaan malah keluarga kedua-dua belah pihak telah setuju untuk mempercepatkannya.
Walau bagaimanapun , dia ada meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang menuduh isterinya itu sedang hamil gara-gara mereka berkahwin pada usia yang sangat muda.




-mynewshub




0 comments:

Post a Comment