ads

Friday, December 5, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK 10 GAMBAR !! Penemuan Bandar Purba Dasar Laut Mediterranean Yang Cukup Mengejutkan !!


Ia merupakan salah sebuah kota yang ditelan Laut Mediterranean dan ianya telah tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun dahulu . Menurut sumber ahli arkeologi ini telah cuba merungkai misteri Heracleion, agar dapat mendedahkan artifak-artifak yang cukup menakjubkan dan ianya dipelihara dengan cukup baik untuk tatapan umum .

Ianya dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba .

kota ini telah ditemui pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis yang diketuai oleh Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik yang telah dijalankan selama empat tahun. 






Runtuhan kota yang hilang ini telah ditemui kira-kira 30 kaki di bawah dasar Laut Mediterranean di Aboukir Bay, yang terletak berhampiran dengan Alexandria.



Menurut sumber , penyelidik juga telah mendedahkan terdapat pelbagai artifak keagamaan yang telah dijumpai di dasar laut itu termasuk ukiran batu 16 kaki yang dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia yang belum dapat dirungkaikan .

Namun begitu masih terdapat misteri yang belum dapat dirungkai tentang Thonis-Heracleion yang sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan .

Namun begitu masih terdapat persoalan tentang bagaimana ianya tenggelam? .



Namun begitu , pasukan Goddio telah mencadangkan berat bangunan besar di gelanggang tanah liat itu merupakan punca utama air telah masuk di rantau ini dan tanah pasir juga mungkin salah satu yang menyebabkan bandar ini tenggelam ekoran daripada gempa bumi.

-sehinggit




0 comments:

Post a Comment