ads

Saturday, December 6, 2014

Filled Under:

JOM BACA !! Mona Lisa Dikatakan Berasal Dari Negara China ..Benarkah Begitu !!


Hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh sejarawan dan novelis Itali , Angelo Paratico, menyatakan bahawa ibu Leonardo Da Vinci yang menjadi subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ mungkin adalah hamba yang berasal dari China.

Berdasarkan kajian Paratico selama dua tahun itu telah menjadi asas untuk buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Kehilangan Cendekiawan China dalam Zaman Pembaharuan Itali).

Menurut maklumat Daily Mail melaporkan, dalam buku yang akan akan diterbitkan tahun depan itu, Paratico akan mendedahkan perhubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh itu .

Dia yang telah menghabiskan masa hampir selama 20 tahun di Hong Kong yakin pelukis itu berasal dari tanah Asia.

Saya juga yakin ibu Leonardo berasal dari Timur.

“Tetapi untuk memastikan dia berasal dari China, kita perlu menggunakan kaedah deduktif , ” ujarnya.

Paratico juga telah menekankan beberapa faktor lain yang menunjukkan Da Vinci adalah berketurunan Cina.

Antaranya , dia telah menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan dia juga merupakan seorang vegetarian.

“Mona Lisa mungkin merupakan potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu yang berlatarbelakangkan China, bahkan raut wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” ujar Paratico. - AFP




0 comments:

Post a Comment