ads

Sunday, May 8, 2016

Filled Under:

INFO HIBURAN !! Penyampai Radio Terkenal Atau Lebih Dikenali Sebagai Cik Piah Selamat Melangsungkan Perkahwinan !


#Dengan sekali lafaz sahaja , penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada Nurashid Abd Wahab, pada petang tadi . Majlis pernikahan calon akhir Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 itu berlangsung selepas Asar di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor…….

#Pada majlis berkenaan, penyampai yang sinonim dengan nama Cik Piah itu menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000. Wang hantaran bagaimanapun telah dirahsiakan jumlahnya…...

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dengan jayanya . Majlis berlangsung ringkas dan sederhana dengan dihadiri hampir 300 jemputan di kalangan teman serta keluarga . Bulan ini juga genap setahun perkenalan kami. "Insya-Allah, pada 14 Mei ini kami akan diraikan pula di sebuah hotel di Klang, Selangor," ujarnya yang akan berbulan madu di Bali, tidak lama lagi……#

#Feeya yang telah mengikat tali pertunangan dengan Rashid pada 5 Disember tahun lepas sempat berseloroh , sekalipun sudah berkahwin, beliau juga akan tetap meluangkan masa menghadiri malam kemuncak ABPBH pada 29 Ahad ini. "Kahwin... kahwin juga. Tapi ABPBH 29 tetap akan saya hadir ditemani suami tersayang ," ujarnya yang kini turut bergelar penyanyi…...

Gambar sekitar majlis berlangsung ...


























sumber bhonline




0 comments:

Post a Comment