ads

Wednesday, May 11, 2016

INFO HIBURAN !! Bapa Artis Terkenal Tanahair Meninggal Dunia !


#Bapa kepada pelakon penyanyi  Sasha dan Zain Saidin telah meninggal dunia kira-kira jam 8:45 malam  ……....

Menurut sumber , Allahyarham Mohamad Saidin Osman, 69, menghembuskan nafas terakhir  di Hospital Melaka, akibat komplikasi jantung yang dialaminya ………..

#Berita sedih ini itu turut dikongsi oleh Sasha menerusi akaun Instagramnya, ujarnya Allahyarham merupakan seorang insan yang berhati mulia dan ringan tangan membantu orang ramai dalam kesusahan ………….


"Kepada semua rakan dan keluarga, dengan rasa sebak saya ingin memaklumkan bahawa bapa saya telah menghembuskan nafasnya, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman, pada jam 8:45 malam…………@

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan keluarga di atas sokongan, doa dan segala jasa baik yang telah diberikan. Ayah merupakan insan yang baik. Dalam hidupnya, dia selalu mendahulukan keluarga dan sahabatnya, dan saya percaya dia telah meninggalkan  kenangan yang penuh dan bermakna buat semua yang mengenalinya ……………@

"Untuk pengetahuan , mandi jenazah di Masjid As-Sakirin, Jalan Gombak Batu 5 3/4 jam 8:00 pagi Rabu (11 Mei, 2016) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, Gombak," tulisnya dilaman Instagramnya semalam……………….@

Semoga sasha dan zain saidin akan terus tabah dengan ujian yang diberikan tuhan ...

sumber bhonline 


Tuesday, May 10, 2016

INFO HIBURAN !! Gambar Mira Filzah Di ABPH 2016 Cukup Cantik Dan Menawan !!


Pastinya ramai yang mengikuti ABPH baru-baru ini . Namun apa yang menarik perhatian nama pihak iaitu pengacaranya yang cukup cantik dan menawan siapa lagi kalau bukan Mira Filzah . 

Mira Filzah bukan sahaja cukup popular pada ketika ini malah dia berjaya menarik perhatian dengan gayanya yang tersendiri sebagai pengacara bersama Zizan Razak . 

Pakaian yang dikenakannya juga kelihatan cukup anggun dan mampu mencairkan lelaki yang memandang wajahnya yang cukup ayu pada malam tersebut .

Jom kita lihat gambar Mira Filzah yang cukup cantik dan menawan semasa majlis ABPH baru-baru ini .











Monday, May 9, 2016

INFO PERMOTORAN !! 6 Gambar Perdana Terbaru Warna Putih Edisi 2016 !



#Setelah beberapa keping gambar yang didedahkan kepada umum sebelum ini, gambar Proton Perdana 2016 kali ini terdedah lagi dan apa yang lebih menarik, ianya dalam warna putih dan gambar yang diambil dalam keadaan yang sangat jelas bentuk dan rekaannya ……………...


#Menerusi dua gambar yang telah dimuat naik di laman facebook Proton Perdana 2016 itu, kelihatan kereta tersebut dari sudut depan dan belakangnya …………...








Jika sebelum ini beberapa keping anapshot kereta Proton Perdana 2016 telah pun didedahkan , salah satunya memaparkan gambar segak Proton Perdana 2016 dengan warna emas bersama dengan lampu LED siang yang sedang menyala ………………...

sumber siakapkeli



INFO HIBURAN !! Gambar Majlis Resepsi Feeya Iskandar Cukup Cantik Bak Pinang Dibelah Dua !!


Kelmarin kita telah mendapat berita gembira tentang perkahwinan Dj Radio cantik manis Feeya Iskandar . 

Dibawah disediakan beberapa keping gambar resepsi Feeya bersama pasangannya . 
Feeya dilihat memilih tema biru sebagai tema majlis resepsinya . Nampak cukup cantik dan menawan seperti pinang dibelah dua . 

Jom kita lihat gambar yang telah disediakan melalui akaun instagram milik Feeya...
















Sunday, May 8, 2016

INFO TERKINI !! Peserta Pertandingan Renang Lemas Di Port Dickson !


# Seorang peserta sukan renang bertaraf antarabangsa telah meninggal dunia selepas dia dipercayai lemas ketika menyertai acara itu di sini pagi semalam....

Kejadian itu ber‎laku selepas mangsa yang juga merupakan seorang pengurus sebuah syarikat swasta di Lembah Klang yang berenang sejauh1.5 kilometer bermula dari Pantai Bagan Pinang menuju ke Pulau Arang , Port Dickson ……….#

#Menurut Ketua Polis Daerah, Superitendan ‎Adzli Abu Shah berkata, mangsa Hue Li Onn 50, adalah merupakan antara 95 orang yang telah menyertai pertandingan renang berkenaan ……...

..Menurutnya, Li Onn telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.45 pagi ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson……

“‎ Sebelum kejadian berlaku , sekitar jam 7.30 pagi , Li Onn telah mendaftar sebagai peserta yang akan membuat renangan sejauh 3.5 kilometer ………….

“ Walau bagaimanapun sekitar jam 9.45 ke jam 10 pagi Li Onn ketika berenang di lihat menjerit meminta tolong ……..


“ Pasukan keselamatan yang berada di lokasi segera memberi bantuan kecemasan, mangsa juga telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan di dalam bot sebelum dia di bawa ke Pantai Batu 1 dan di kejarkan ke Hospital Port Dickson,” ujarnya……..

Menurut Adzli , hasil daripada bedah siasat yang telah dijalankan mendapati punca kematiannya adalah lemas, dan Li Onn juga pernah mempunyai sejarah serangan sakit jantung sebelum ini……..

“ Li Onn juga merupakan individu yang telah beberapa kali menyertai acara seperti ini termasuklah pernah menyertai sukan Iron Ma……..

“ Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut ," ujarnya.

sumber sinarharian


INFO HIBURAN !! Neelofa Ungguli Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 !!


#Kekuatan populariti pelakon dan pengacara cantik jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa telah terbukti apabila berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-29, malam tadi ………..

Kemenangan Neelofa telah berjaya meruntuhkan dominasi artis lelaki yang mengungguli kategori itu selama lima tahun berturut-turut, selepas kali terakhir dimenangi oleh artis wanita pada ABPBH 2009 menerusi kejayaan Datuk Siti Nurhaliza ……... 

#Dengan meraih 212,829 undian, Neelofa yang telah dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu telah berjaya menafikan pencabar terdekatnya iaitu bakat baharu yang sedang memuncak popularitinya , Mira Filzah selain mengetepikan pencabar lelaki seperti Shaheizy Sam untuk mengulangi pencapaiannya tahun lalu ………...

Kemenangan itu bukan sahaja melayakkan Neelofa, 27, membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia berserta trofi yang diterimanya daripada peminat bagi acara kemuncak yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ………... 

@Selain trofi Bintang Paling Popular, Neelofa turut berjaya mengukuhkan posisinya dalam bidang pengacaraan apabila mengungguli kategori Pengacara TV Popular . Neelofa bagaimanapun, terpaksa akur kepada populariti Fathia Latiff yang telah dinobatkan peminat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular ………..





sumber bhonline


INFO HIBURAN !! Penyampai Radio Terkenal Atau Lebih Dikenali Sebagai Cik Piah Selamat Melangsungkan Perkahwinan !


#Dengan sekali lafaz sahaja , penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada Nurashid Abd Wahab, pada petang tadi . Majlis pernikahan calon akhir Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 itu berlangsung selepas Asar di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor…….

#Pada majlis berkenaan, penyampai yang sinonim dengan nama Cik Piah itu menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000. Wang hantaran bagaimanapun telah dirahsiakan jumlahnya…...

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dengan jayanya . Majlis berlangsung ringkas dan sederhana dengan dihadiri hampir 300 jemputan di kalangan teman serta keluarga . Bulan ini juga genap setahun perkenalan kami. "Insya-Allah, pada 14 Mei ini kami akan diraikan pula di sebuah hotel di Klang, Selangor," ujarnya yang akan berbulan madu di Bali, tidak lama lagi……#

#Feeya yang telah mengikat tali pertunangan dengan Rashid pada 5 Disember tahun lepas sempat berseloroh , sekalipun sudah berkahwin, beliau juga akan tetap meluangkan masa menghadiri malam kemuncak ABPBH pada 29 Ahad ini. "Kahwin... kahwin juga. Tapi ABPBH 29 tetap akan saya hadir ditemani suami tersayang ," ujarnya yang kini turut bergelar penyanyi…...

Gambar sekitar majlis berlangsung ...


























sumber bhonline