# Seorang peserta sukan renang bertaraf antarabangsa telah meninggal dunia selepas dia dipercayai lemas ketika menyertai acara itu di sini pagi semalam....
Kejadian itu berlaku selepas mangsa yang juga merupakan seorang pengurus sebuah syarikat swasta di Lembah Klang yang berenang sejauh1.5 kilometer bermula dari Pantai Bagan Pinang menuju ke Pulau Arang , Port Dickson ……….#
#Menurut Ketua Polis Daerah, Superitendan Adzli Abu Shah berkata, mangsa Hue Li Onn 50, adalah merupakan antara 95 orang yang telah menyertai pertandingan renang berkenaan ……...
..Menurutnya, Li Onn telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.45 pagi ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson……
“ Sebelum kejadian berlaku , sekitar jam 7.30 pagi , Li Onn telah mendaftar sebagai peserta yang akan membuat renangan sejauh 3.5 kilometer ………….
“ Walau bagaimanapun sekitar jam 9.45 ke jam 10 pagi Li Onn ketika berenang di lihat menjerit meminta tolong ……..
“ Pasukan keselamatan yang berada di lokasi segera memberi bantuan kecemasan, mangsa juga telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan di dalam bot sebelum dia di bawa ke Pantai Batu 1 dan di kejarkan ke Hospital Port Dickson,” ujarnya……..
Menurut Adzli , hasil daripada bedah siasat yang telah dijalankan mendapati punca kematiannya adalah lemas, dan Li Onn juga pernah mempunyai sejarah serangan sakit jantung sebelum ini……..
“ Li Onn juga merupakan individu yang telah beberapa kali menyertai acara seperti ini termasuklah pernah menyertai sukan Iron Ma……..
“ Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut ," ujarnya.
sumber sinarharian
0 comments:
Post a Comment