ads

Sunday, May 8, 2016

Filled Under:

INFO HIBURAN !! Neelofa Ungguli Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 !!


#Kekuatan populariti pelakon dan pengacara cantik jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa telah terbukti apabila berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-29, malam tadi ………..

Kemenangan Neelofa telah berjaya meruntuhkan dominasi artis lelaki yang mengungguli kategori itu selama lima tahun berturut-turut, selepas kali terakhir dimenangi oleh artis wanita pada ABPBH 2009 menerusi kejayaan Datuk Siti Nurhaliza ……... 

#Dengan meraih 212,829 undian, Neelofa yang telah dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu telah berjaya menafikan pencabar terdekatnya iaitu bakat baharu yang sedang memuncak popularitinya , Mira Filzah selain mengetepikan pencabar lelaki seperti Shaheizy Sam untuk mengulangi pencapaiannya tahun lalu ………...

Kemenangan itu bukan sahaja melayakkan Neelofa, 27, membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia berserta trofi yang diterimanya daripada peminat bagi acara kemuncak yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ………... 

@Selain trofi Bintang Paling Popular, Neelofa turut berjaya mengukuhkan posisinya dalam bidang pengacaraan apabila mengungguli kategori Pengacara TV Popular . Neelofa bagaimanapun, terpaksa akur kepada populariti Fathia Latiff yang telah dinobatkan peminat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular ………..





sumber bhonline




0 comments:

Post a Comment