#KUCHING: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar, Sri Aman telah memasuki hari keempat pada hari ini , dan telah menemui kusyen dan serpihan dipercayai ekor pesawat malang itu ........
#Kusyen berkenaan telah ditemui di Pulau Triso muara Sungai Batang Lupar pada jam 9.45 pagi tadi manakala ekor pesawat itu pula ditemui di Sungai Merah, kira-kira empat kilometer di timur laut Lingga ........@
Jarak pencarian mangsa terakhir, iaitu juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas pula diperkecilkan kepada 870 kilometer (km) hari ini berbanding 875 km pada semalam. Beliau juga adalah satu-satunya mangsa yang masih belum ditemui lagi ........@
#Lima penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang disahkan terkorban dalam nahas lewat petang Khamis lalu . Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata 650 anggota daripada pelbagai agensi dan penduduk kampung terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat berkenaan..........
#Beliau juga berkata, pihaknya akan menggunakan semua alat pengesan logam bagi menentukan kedudukan pesawat berkenaan . "Sebaik sahaja ianya dikesan, kita akan mengerah penyelam untuk membuat tinjauan . “ Walaubagaimanapun , usaha ini agak mencabar kerana arus sungai terlalu deras selain jarak penglihatan juga agak minimum ,” ujarnya ............@
Nantikan berita selanjutnya sebentar nanti ………...
sumber bhonline
0 comments:
Post a Comment