ads

Friday, October 3, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! Gara-Gara Kerap Diejek Anak Sendiri Kerana Gemuk, Wanita Berusia 40 Tahun Ini Berubah Menjadi.. !!


Pastinya setiap wanita ingin memiliki tubuh badan yang langsing dan cantik . 
Namun begitu melalui proses kelahiran ianya pasti menyukarkan sesetengah wanita untuk mengekalkan kelangsingan tubuh mereka. 

Seperti yang dialami wanita ini yang menjadi sedikit gemuk selepas dia melahirkan anaknya .  Wanita ini seperti sudah lama diabaikan oleh suaminya dan juga sering diejek oleh anaknya sendiri. 

Oleh itu wanita berumur 40 tahun ini bermotivasi dan bertekad untuk kembali langsing dan cantik .Puan Zhao juga telah kembali mendapatkan rasa percaya pada diri sendiri  bahawa dirinya langsing. 

Seperti wanita lain pada umumnya, Zhao juga mengalami perubahan bentuk badan selepas melahirkan anak . Kesibukan bagi mengurus anak membuatnya tidak menjaga tubuhnya sendiri, sehingga makin lama, dia semakin gemuk dan saiz bajunya juga semakin sempit.

"Setelah mandi dan memakai baju, saya merasa tubuh ini seperti sedang membungkus ladu," ujar Zhao yang sering tidak selesa kerana baju-baju yang ketat apabila dipakai.

Keadaan kulit Zhao juga telah mengalami penurunan akibat kegemukan yang agak melampau . Kemudian muncul tompok coklat dan pigmentasi. Akibat keadaan fizikal yang agak buruk , suaminya telah mengabaikannya dan tidak mengajaknya berbual lebih dari 10 perkataan setiap hari. 

Walaupun keadaan ini sering mencetuskan pertengkaran antara Zhao dan suaminya. Yang lebih menyedihkan, anaknya memanggilnya dengan sebutan setan kerana berpenampilan buruk dan tidak cantik sama sekali.

Dua keadaan menyedihkan itu membuat Zhao bermotivasi untuk mengubah bentuk tubuhnya. Dia terus mengubah gaya hidup dan cuba pelbagai cara semula jadi untuk mengembalikan bentuk tubuhnya. 

Zhao mengambil makanan sihat dan tidur teratur setiap hari, tidak ada kata begadang atau bangun kesiangan.


Dengan perubahan gaya hidupnya , kini Zhao kembali mendapatkan tubuhnya yang langsing dan keadaan kulit yang tampak lebih muda. Dalam foto-foto terbarunya, Zhao kelihatan lebih muda 10 tahun. 

Suaminya kini kembali memuji dirinya cantik setiap masa. Bahkan, suaminya  selalu menjemput Zhao ketika pulang bekerja.

Ekoran daripada tubuhnya yang langsing dan penampilan lebih muda, anak Zhao kini lebih suka memanggil dirinya kakak, bukan ibu.







0 comments:

Post a Comment