ads

Friday, October 3, 2014

Filled Under:

JOM BACA !! Kisah Seorang Pemandu Jujur Di Parkir Hospital Putrajaya !!




Orang jujur hanya ada di komik” – itu antara syair daripada sasterawan Iwan Fals.

Di kalangan masyarakat kita, tidak ramai pemuda yang mempunyai sifat jujur dan bertanggungjawab seperti mana ditunjukkan oleh seorang pemuda ini .

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di parking Hospital Putrajaya ini telah menerima pelbagai pujian atas sifat mulia yang dimiliki oleh individu yang meninggalkan pesanan di bawah.

Maaf, saya terlanggar (terseret) kerata puan sebelah kanan depan. Ni nombor saya untuk kos cat semula. Maaf.”

Walaupun pesanan ini ditinggalkan kerana individu terbabit terlanggar sebuah kereta tanpa pengetahuan pemiliknya dia tetap jujur dan mahu bertanggung jawab atas apa yang dilakukan .


Disebabkan oleh sikap mulia ini, pemilik kereta yang dilanggar itu tersentuh hati lalu memaafkan perbuatan individu tersebut.

Komennya menerusi status Facebook:
Susah nak jumpa orang yang akhlak macam ni.. tak jadi nak mintak ganti rugi... ana maafkan dia kerana Allah... cukup terharu”.

Sesungguhnya tidak rugi menjadi orang baik-baik ini.

Malah kalau pun manusia tidak perasan perbuatan kita, Tuhan mengetahui segala-galanya dan apa yang pasti tuhan akan membalasnya dengan kebaikan jua. – MYNEWSHUB 




0 comments:

Post a Comment