Seorang warga emas tidak sempat menggunakan duit hasil kemenangan loteri selepas dirinya disahkan meninggal dunia di Bukit Cina, Melaka, baru-baru ini.
Menurut sumber yang dipetik daripada China Press, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Yong itu dilaporkan pengsan dan meninggal dunia selepas mengetahui dirinya memenangi sejumlah wang loteri menerusi sebuah akhbar.
Yong, 62, seorang peniaga gerai mee dikatakan terlampau gembira dengan kemenangannya malah sempat menjerit kegembiraan sebelum beliau rebah ke lantai.
Pekerjanya yang terkejut dengan insiden berkenaan telah menelefon pihak ambulans dan parademik mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa di kedainya. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment