Pastinya pada setiap tahun, Petronas tidak pernah ketinggalan untuk menyiarkan iklan khas sempena sambutan kemerdekaan negara yang diraikan pada setiap 31 Ogos .
Tetapi kali ini, syarikat itu telah mengetengahkan iklan berdurasi 3:28 minit yang bertajuk ‘A Walk Through Time’.
Sejujurnya, penulis merasakan iklan ini jauh lebih unik dan menarik daripada iklan-iklan pada tahun yang lalu.
Ianya berkisar mengenai perjalanan dua kanak-kanak lelaki yang merentasi tempoh 57 tahun negara selepas mengecapi kemerdekaan.
Namun begitu tidak dapat dinafikan iklan ini sememangnya membawa kita mengimbas suasana ketika kegemilangan filem P.Ramlee, kewujudan bas mini dan juga kemenangan negara meraih Piala Thomas suatu ketika dahulu.
Secara amnya, iklan ini mengajak kita untuk mengimbau kembali pencapaian negara sehingga berada di tahap yang cukup terbaik sekarang .
Oleh itu diharapkan mesej yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat memupuk rasa bangga dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia…
0 comments:
Post a Comment