ads

Saturday, August 23, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Wanita Ini Terselamat Walaupun Jatuh Pada Ketinggian 33 Ribu Kaki Di Udara !!


Pastinya ramai yang tidak mengetahui mengenai kemalangan yang melibatkan pesawat JAT Yugoslav Airlines Flight 367 yang terjadi hampir lebih 40 tahun yang lalu.
Pesawat tersebut telah terhempas di sebuah perkampungan di Republik Czech selepas kapal terbang tersebut telah terputus dua dan ianya dipercayai akibat dibom, di mana bom tersebut telah diletakkan dalam badan pesawat terlebih dahulu pada 26 Januari 1972.
Pesawat yang telah membawa 28 orang itu telah mengorbankan 27 individu manakala seorang pramugari, Vesna Vulovic adalah merupakan satu-satu mangsa yang terselamat dalam nahas udara tersebut.
Pesawat JAT 367 dalam perjalanan dari Stockholm, Sweden ke Belgrade, Serbia dilaporkan jatuh dari ketinggian 33,000 kaki sama seperti ketinggian MH17 berada ketika ianya telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai yang lalu .
Vesna, 64, telah direkodkan di dalam Guinness Book of Record sebagai individu yang terselamat daripada jatuhan yang paling tinggi di dunia tanpa sebarang alat keselamatan pada dirinya . –MYNEWSHUB.MY









0 comments:

Post a Comment