Pastinya kalau sekali pandang nampak semacam pakcik bawa teksi yang biasa dilihat . Tapi bila
diperhatikan dengan teliti baru perasan bahawa beliau bukan calang-calang orang tapi beliau merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato’ Sri
Mustapa Mohamed atau lebih mesra dipanggil Tok Pa.
Ianya bukanlah kisah baru, beliau yang yang juga merupakan Ahli Parlimen Jeli merupakan antara pemimpin yang disegani rakyat Kelantan kerana sering mengamalkan sikap
sederhana dan tawaduk. Maka tidak hairanlah, mengapa beliau memenangi kerusinya
dengan majoriti besar setiap kali pilihan raya diadakan .
Terbaru, Tok Pa telah dipuji orang ramai apabila berkongsi gambarnya di Facebook
menaiki kereta sewa dari Air Puteh ke Bandar Jeli. Sedangkan dengan
kedudukan yang beliau miliki, beliau boleh sahaja ke sana ke mari tidak kira atas
apa tujuan sekali pun dengan berkenderaan mewah dan selesa.
Boleh dilihat, rata-rata komen bukan sahaja memuji malah tidak
terkejut apatah lagi melabel beliau sebagai berpura-pura kerana peribadi
Tok Pa yang gemar bersederhana bukan satu rahsia.
Tahniah diucapkan kepada pemimpin sebegini, diharapkan lebih ramai lagi dapat mengikut jejak langkah beliau yang berjiwa rakyat .
- MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment