Pengguna jalan raya diminta memberi perhatian kepada 10 lokasi jalan raya di ibu kota yang tersenarai antara lokasi panas berikutan sering berlaku kemalangan terutamanya apabila menjelang Aidilfitri.
Antara lokasinya iaitu di Jalan Kepong, Jalan Cheras, Lebuh Raya
Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ipoh,
Jalang Klang Lama, Jalan Ampang, Jalan Duta dan Jalan Sungai Besi.
Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Khirudin
Drahman berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melakukan rondaan
di laluan itu selama 24 jam sehari bagi memastikan pemandunya mematuhi
peraturan jalan raya seperti yang ditetapkan .
0 comments:
Post a Comment