Mungkin masih ramai yang tidak mengenali Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, dan berusia 26 tahun . Dia juga mula aktif sebagai model sejak dia berusia belasan tahun lagi .
Dengan wajah cantiknya yang sudah banyak menghiasi majalah dan kini dia sudah bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai.
Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.
Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati.
Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis merupakan seorang yang sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia juga merupakan wanita yang suka berdikari.
0 comments:
Post a Comment