ads

Tuesday, July 15, 2014

Filled Under:
,

MESTI BACA !! Fadilat memberi makan kepada orang berbuka puasa !!


Seperti mana yang kita ketahui , Ramadhan merupakan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka. 

Kita juga diminta supaya menghayati bulan ramadhan dengan sebenarnya dengan mengawal nafsu makan dan ianya pasti membuatkan kita merasai bagaimana peritnya umat Islam negara-negara miskin seperti di Somalia yang sukar untuk mendapat makanan sehari-hari. 

Ada juga di antara mereka yang perlu berlapar berhari-hari kerana tiada bekalan makanan dan ada juga yang mati kebuluran kerana ketiadaan makanan.

Amalan memberi makan kepada orang semasa berbuka puasa terutama yang susah seperti fakir miskin dan anak yatim merupakan satu amalan yang sangat baik dan ianya memang dituntut di dalam Islam . 

Di dalam dunia teknologi yang tanpa sempadan kini , amalan memberi makan kepada orang berpuasa bukan sahaja terbatas di Malaysia sahaja malah kita juga boleh menghulurkan bantuan melampaui sempadan negara kita . 

Apa yang menariknya ,  fadilat memberi makan orang berbuka puasa ini seperti mana yang kita tahu , memang sangat besar kerana itulah ada diantara umat Islam yang berusaha untuk memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan bagi mendapatkan pahala yang berlipat ganda dari tuhan .

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Daripada Salaman r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. 

Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. 

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berazam bersungguh-sungguh mulai daripada hari ini , dengan memberikan makan kepada orang berbuka puasa tak kira di mana walaupun hanya sebiji kurma . 

Bagi sesiapa yang pernah berbuka puasa di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram pasti pernah melalui pengalaman bagaimana warga Arab berebut-rebut untuk memberi makan kepada orang yang berbuka puasa. 

Oleh yang demikian mengapa tidak kita ?





0 comments:

Post a Comment