Memang cukup mengejutkan apabila mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terjaga ketika upacara pengebumiaannya yang memeranjatkan seluruh orang yang hadir disitu .
Kejadian itu berlaku di gereja di Aurora, Zamboangan del Sur, di Filipina.
Sebaik sahaja dia kembali bernafas semula , ayahnya dengan segera mengeluarkan mangsa daripada keranda tersebut dan membawanya ke hospital.
Menurut maklumat mangsa telah disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepeas mengalami demam selama berbera hari.
Inspektor Heidil Teelan pada Sabtu lepas telah memberitahu ‘The Philippies Star’: “Ketika kejadian, doktor dan kakitangan klinik mengesahkan tiada denyutan jantung dikesan pada pesakit dan dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi Sabtu.”ujarnya .
Walau bagaimanapun, apabila jiran keluarganya mengalihkan penutup keranda yang menutup mayat mangsa dan mereka akhirnya melihat badan mangsa mula bergerak-gerak.
Menurut Teelan “Kami tidak boleh mengesahkan status kanak-kanak tersebut namum berdasarkan pemerhatian anggota polis sebelum ini kanak-kanak itu berada dalam keadaan koma.”ujarnya .
Sebaik sahaja kerandanya dibuka kanak-kanak malang itu diberikan air dan dibawa ke hospital sebelum pulang ke rumah bersama keluarganya.
Walau bagaimanapun memang terdapat beberapa kes yang melibatkan mereka yang telah meninggal dunia bangun ketika majlis pengebumian mereka.
Mereka yang hadir pada majlis pengebumian, Brighton Dama Zanthe, 34, berkata dia dihantui pengalaman ngeri apabila mangsa terbangun ketika di majlis pengebumiaannya .
0 comments:
Post a Comment