ads

Sunday, July 6, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Penunggang Basikal Kudung Disaman Kerana Ada Satu Brek !!


Seorang penunggang basikal yang kudung sebelah tangan terpaksa mengubah brek yang tidak boleh digunakannya kepada hendal dan menggantikannya dengan penggunaan brek kaki.

Walau bagaimanapun, apabila Bogdan Ionescu menunggang di Cologne, dia telah ditahan polis yang tidak mahu langsung bertolak ansur.

Basikal kamu tidak selamat, kamu tidak mempunyai brek kanan,” kata Ionescu, memetik kata-kata polis berkenaan.

“Saya tahu, tetapi saya mempunyai brek kiri dan kaki supaya saya boleh menghentikan roda belakang,” ujarnya .

Namun polis berkenaan enggan menerima alasannya , sebaliknya bertindak menyaman Ionescu sebanyak AS$34 (RM104).

Menurut pihak media , basikal itu bagaimanapun tidak didapati melanggar undang-undang dan polis terpaksa mengembalikan semula wang saman berkenaan .

Ia bagaimanapun tidak berakhir di situ . Pihak polis hanya memulangkan wang sebanyak AS$7 (RM22) dengan alasan lampu basikal berkenaan telahpun rosak.

Tetapi setelah ianya diperiksa, dakwaan polis itu didapati tidak benar dan polis akhirnya memulangkan baki wang milik Ionescu.

Kami berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” kata polis kepada media.

Selain itu, ketua polis Cologne Wolfgang Albers dilapor merancang akan memohon maaf kepada Ionescu diatas kejadian yang tidak disengajakan .

Ianya satu berita yang hebat, dan saya cukup gembira,” kata Ionescu. – Agensi




0 comments:

Post a Comment