Pastinya ramai orang yang suka berdiet, bersenam dan mengambil food supplement untuk mengurangkan berat badan. Selain daripada cara-cara itu, kita juga boleh menurukan berat badan dengan mengawal nafsu makan melalui beberapa cara yang betul. Sememangnya nafsu makan agak sukar untuk dikawal dan dibendung pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan semuanya akan menjadi lebih mudah.
Terdapat beberapa cara mengawal nafsu makan iaitu dengan cara :
Minum air mineral
Dengan meminum air mineral dalam 5-8 gelas sehari adalah perkara yang wajib dilakukan pada setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan akan menyebabkan nafsu makan kita meningkat secara mendadak dan tidak terkawal .
Makan dalam kuantiti yang sedikit
Jika kita makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali sehari , ianya adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang banyak. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan serta membantu mengawal nafsu makan.
Jangan lewatkan waktu makan
Kita juga harus makan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan daripada memakan terlalu lewat kerana ia akan secara tidak langsung akan menyebabkan kita berasa sangat lapar dan membuatkan kita makan dengan jumlah yang banyak.
Lebihkan serat dalam menu makan seharian
Serat merupakan salah satu makanan yang akan membuatkan kita berasa kenyang dan ianya secara tidak langsung akan dapat mengurangkan selera anda untuk makan. Dengan cara melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian akan membantu anda untuk berasa kenyang .
Makan secara perlahan
Kita juga perlu makan secara perlahan dan ini akan membuatkan kita berasa kenyang walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini terbukti berkesan tetapi anda mungkin akan makan secara berulang-ulang dalam jangka masa yang pendek .
0 comments:
Post a Comment