Pasangan yang baru sahaja
melansungkan penikahan iaitu pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal menerima kehadiran insan baru apabila Almy disahkan hamil 4 minggu.
Berita gembira itu mulanya
dikongsikan oleh Aida Gadis Melayu melalui laman sosial Instagramnya yang
menyatakan tahniah kepada pasangan itu diatas kehamilan Almy.
Almy atau nama sebenar Almy Nadia
Aminuddin Shah, 28, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas
dimaklumkan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan pada Ahad lalu.
"Sebelum berjumpa dengan doktor
memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung.
"Alhamdulillah, kami tidak
merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan
Fizz. Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya
pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan
pun masih baru,"
"Doktor kata, kalau tak larat jangan
puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak
tahulah macam mana pada hari- hari mendatang.
"Yelah, bukannya senang kerana inilah
peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat.
Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah
puasa," tuturnya.
0 comments:
Post a Comment