ads

Saturday, July 5, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Pengemis Tua Arab Saudi Tinggalkan Harta RM2.5 Juta !!


Memang agak mengejutkan apabila kematian seorang wanita warga emas yang berusia 100 tahun, Eisha di Jeddah baru-baru ini membawa kepada pendedahan yang benar-benar gempar buat jiran-jirannya.
Beliau ialah Eisha, seorang individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan mengemis dan dia telah menyimpan kekayaan persis seorang jutawan apabila dia meninggalkan harta pencariannya yang berjumlah SAR3 juta (2.5 juta), termasuk empat rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.
Menurut maklumat Eisha yang mengemis sejak 50 tahun lalu dilaporkan mati di bilik mandi di rumahnya secara tiba-tiba, baru-baru ini.
Menurut salah seorang jirannya, Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak mereka kecil lagi mengatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana .
Mereka sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang prihatin dengan hidup miskin mereka, terutamanya ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri. Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas kematian ibu dan kakaknya. Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya),” katanya.
Menurut Al-Saeedi mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.
Saya memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa hadapan,” ujarnya lagi.
Menurut maklumat harta yang telah ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa bagi sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis cacat penglihatan itu.




0 comments:

Post a Comment