Ianya berkisar mengenai seorang usahawan perniagaan burung walit di Madura, Indonesia.
Lelaki yang berumur hampir 61 tahun itu menghimpunkan semua isterinya dalam satu rumah empat tingkat dengan 142 bilik.
Dia juga memiliki 28 orang anak dan 15 cucu.
Rumahnya yang seluas satu hektar turut mempunyai sebuah masjid yang digunakan lelaki yang dikenali sebagai kiyai Masurat Usman bagi bersembahyang jemaah dengan semua ahli keluarganya.
Isteri pertama yang dikahwini ketika dia berusia 15 tahun dan wanita itu pula berumur 9 tahun.
Kalau diperhatikan semua isteri-isterinya cantik dan rupawan.
Dia juga dikenali sebagai Kiyai atau istilah untuk lelaki alim atau berilmu di Indonesia.
Cuma yang memeningkan penulis bagaimana orang alim yang kahwin sampai 10 orang serentak sedangkan Islam dengan jelas membenarkan paling banyak 4 sahaja itupun dengan syarat-syarat yang ketat.
Indonesia punya jenis alim ni memang ada sikit kesangsian sejak dulu lagi. #mynewshub
0 comments:
Post a Comment