ads

Tuesday, July 8, 2014

Filled Under:
,

MESTI BACA !! Kisah Perkampungan Yang Murtad Dan Masjid Yang Terbiar !!


Bagi tugas untuk membimbing golongan mualaf sebenarnya tidak hanya terletak di bahu jabatan dan pertubuhan agama semata-mata.Ianya perlu diambil oleh mana-mana pihak yang mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu agama .

Sebaliknya, kita sebagai umat Islam juga perlu memainkan peranan penting di dalam membantu golongan ini untuk memahami erti Islam yang sebenar.

Di sini, ingin dikongsikan satu status Facebook seorang penceramah, Ustaz Ebit Lew yang menceritakan perihal sebuah kampung yang murtad di Tongod, Sabah akibat kesilapan dan kealpaan kita sebagai umat Islam membimbing mereka .

Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah.salah saya ni..ampun Ya Allah ," ujarnya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada penduduk di situ , masjid yang sudah lama disitu hampir 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.

Setelah diselidiki , menurut dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang di temui, minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yang hampir 100% penduduknya telah dimurtadkan, dan kelmarin (6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong . Kampung tersebut terletak hampir kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod.
Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah oleh peniaga Pakistan dan tidak terlintas di dalam hutan tersebut ada sebuah tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.
Kami berasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.
Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka.

Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini.
Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yg bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.
Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yang bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.
Masjid Langkabong akhir sekali telah digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.
Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.
Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya ‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah’. Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i…… InsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah.
Semasa saya di ke Sabah. Jabatan Agama Islam Sabah sangat banyak membantu dan membuat pelbagai pengisian. Membantu memberi zakat dan memberi bantuan kepada sukarelawan. Jemaah orang Islam tidak berhenti berdakwah di Sabah. Banyak orang yang berkorban tanpa dikenali. Sebenarnya bila kita mula beri masa untuk ziarah saudara Islam dan semua orang. Bukan di Sabah, di kawasan rumah kita juga ada orang yang hidup puluhan tahun dan sudah berada di pinggir kemurtadan.
Saya banyak kali keluar dari surau sahaja jumpa orang yang jauh dari Allah. Oleh itu kita kita perlu buat dakwah secara istiqamah. Beri masa dakwah dalam rumah kita. Beri masa dakwah jiran dan juga kawasan kampung jiran. Dakwah kawan di pejabat. Beri masa dakwah dalam negeri. Juga luar negeri. Negara yang jauh. Seluruh dunia tanpa sempadan macam sahabah rhum. Jika tak, kita pun mungkin belum mengenal Allah.. Hargai semua orang berdakwah. Jangan halau orang berdakwah di Masjid kita iktikaf.
Kita syok masjid hidup dengan ceramah dan kuliah sesama kita. Itu baik, tapi masih ramai orang yang belum pernah solat pun di keliling surau kita. Semoga Allah ampunkan saya. Setiap orang jadi Daie Allah istiqamah walaupun dikeji dan tidak dihargai kerana Redha Allah maksud usaha ini.
Ya Allah bantulah mereka yang sedang berdakwah di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Ya Allah kembalikanlah seluruh kampung ini kepada Islam. Ya Allah bukakanlah malam ini semua penduduk kampung ini kembali pada Islam. Kasihanilah kami semua. Maafkanlah kerana kecuaian diriku dalam dakwah, korban , menangis untuk agama ini- ebit lew”
MYNEWSHUB.MY






0 comments:

Post a Comment