Seperti mana yang diketahui di dalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah merupakan amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah terdapat 10 golongan yang tidak diterima solatnya antaranya :
1. Seorang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solatnya tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, walhal orang yg menjadi makmum
sangat membencinya.
4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa meminta izin daripada
kedua ibu bapanya.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya yakni bertaubat.
6. Orang perempuan yang suaminya menegurnya lalu dia mula memberontak.
7. Orang perempuan yang tidak menutup auratnya .
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim terhadap pengikutnya .
9. Orang-orang yang suka memakan riba’.
10. Orang yang solat dan tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar.
Adakah anda telah selesai membacanya ? Oleh itu mari kita bersama-sama memuhasabah diri kita dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala diakhirat kelak .Amin ...
0 comments:
Post a Comment