Seorang lelaki di Mexico yang kemaruk untuk kelihatan kacak akhirnya terpaksa menderita dengan wajah yang hodoh sejak 17 tahun lalu kerana kesilapan menyuntik sesuatu ke dalam kulit wajahnya.
Hugo Hernandez Garcia dari Nuevo Laredo, Mexico pada awalnya terlalu ingin kelihatan cantik dan telah melakukan sesuatu tanpa merujuk kepada pakar tetapi hanya bertindak sendiri, menurut papran laman web Oddity Central.
Dia telah menyuntik minyak bayi “baby oil” ke dalam wajahnya kerana memikirkan kos yang rendah untuk cantik.
Keputusannya benar-benar berbeza, wajah Hugo bertukar menjadi hodoh dan membengkak. Dia mula menjalani beberapa prosedur kecantikan sejak tahun 1997 sehinggalah perbuatan yang menghancurkan wajahnya sendiri itu.
Sejak itu, dia telah melakukan pelbagai perkara hanya menggunakan bahan-bahan keperluan rumah untuk menjadikan kulit wajahnya kelihatan licin.
Sehinggalah dia nekad menggunakan ‘baby oil’ dengan harapan ia memberikan keputusan sama seperti penggunaan kolagen.
Biarpun ragu-ragu dengan keputusannya, tetapi Hugo telah terlalu obses untuk menjadi lebih kacak sehingga tidak menyedari apa yang baby oil boleh lalukan ke atas wajahnya.
Tidak beberapa selepas disuntik, kulit wajahnya bertukar merah dan membengkak secara tidak normal. Agak menyedihkan apabila melihat wajah Hugo sebelum dan selepas rawatan itu.
Bukan sahaja muka Hugo jadi hodoh, kesihatannya juga terjejas teruk. Keadaan wajah Hugo sebenarnya tidak menyakitkan tetapi dia terpaksa bergantung kepada 15 jenis ubat berbeza setiap hari.
Dia juga perlu mengambil makanan mengikut diet khusus, minum banyak air dan juga menjauhi alkohol.
“Saya tidak peduli jika orang ramai melihat wajah saya, tetapi saya memang menghadapi masalah kemurungan akibat wajah saya.
“Dalam kepala saya, saya cuba memberitahu diri saya bahawa saya tidak ingin menyembunyikan apa-apa, cuma sejarah kejadian ini menjadikan saya begitu trauma.
0 comments:
Post a Comment