ads

Thursday, June 26, 2014

Filled Under:

SENSASI !! Bank Tersilap Kredit RM284,411 Dalam Akaun , Bagai Durian Runtuh !!


Akibat mendapat durian runtuh secara tiba-tiba,wanita ini membelanjakan £10,000 (RM54,700.1) daripada £52,000 (RM284,441) wang yang dikreditkan secara tidak sengaja oleh pihak bank ke dalam akaunnya . Dia yang merupakan seorang ibu tunggal di England terpaksa berdepan dengan perintah mahkamah yang mengarahkannya membayar semula wang tersebut.

Michaela Hutchings, 23, telah melakukan perbuatan itu pada April tahun lalu dan kini dibicarakan di mahkamah atas kesalahan tersebut .

Wanita itu juga diberikan peluang enam bulan untuk membayar wang yang telah digunakannya selain wajib melakukan kerja komuniti selama 150 jam.

Kegagalannya untuk berbuat demikian bakal menyebabkan dia dikenakan hukuman penjara selama 20 bulan.

Hutchings juga telah membelanjakan wang tersebut dengan membeli kasut, beg tangan dan kaca mata berjenama mewah termasuklah Gucci, Louis Vuitton, Ralph Lauren and Dior.

Dia juga telah memberikan sedikit wang itu kepada ibunya.

Walau bagaimanapun Hutchings tetap mempertahankan tindakannya itu dengan berkata, sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama jika berada dalam situasinya.

Dia telah melelong pakaian berjenama yang dibelinya bagi membayar semula wang yang telah dibelanjakannya . – MyNewsHub




0 comments:

Post a Comment